Malaysia Oversight

Apple Mengatakan Integrasi ChatGPT Pada Apple Intelligence Akan Guna GPT-5 Bermula iOS26

By Amanz in August 8, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Mengatakan Integrasi ChatGPT Pada Apple Intelligence Akan Guna GPT-5 Bermula iOS26


Mengatakan Integrasi ChatGPT Pada Intelligence Akan Guna GPT-5 Bermula iOS26

August 8, 2025

Aman

Melalui 9to5Mac, Apple mengatakan integrasi ChatGPT pada Apple Intelligence akan mengguna-pakai GPT-5 yang terbaru, bermula iOS 26, iPad OS 26, dan juga macOS 26. Walaupun tidak diberikan tarikh pengenalan kemaskini ini, ia dijangka tiba sekitar September atau Oktober kelak, berdasarkan pengenalan kemaskini oleh Apple selari pengenalan baharu yang biasanya berlaku pada September.

Ulasan iPhone 16 Amanz 02

GPT-5 merupakan model kecerdasan buatan janaan baharu yang diperkenalkan OpenAI hari ini. Ia menawarkan sokongan yang lebih pintar dan beroperasi lebih pantas, termasuk sokongan pengaturcaraan lebih baik, matematik dan lain-lain informasi yang ditambah-baik. Ia juga kurang berhalusinasi, sekaligus mengurangkan janaan jawapan rekaan.

Selain melalui produk Apple, pengguna sudah boleh mengakses GPT-5 bermula hari ini di ChatGPT, selain turut mengaksesnya melalui Microsoft Copilot.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link