Korea Akan Membangunkan Varian KAI KF-21 Lebih Sukar Dikesan Radar
Effi Saharudin
Pesawat pejuang KAI KF-21 Boromae dibangunkan menerusi kerjasama Korea Selatan dan Indonesia. Tetapi kerana ia ini tidak mempunyai ciri sukar dikesan radar seperti pesawat pejuang generasi ke-lima, ia menjadi sebab Indonesia kini tidak meneruskan kerjasama dan beralih ke pesawat TAI KAAN buatan Turki.
Walaupun kini bergerak secara berseorangan, pembangunan KF-21 diteruskan dan kini Korea Aerospace Industries (KAI) menunjukkan varian KF-21EX yang boleh membawa senjata di dalam tubuhnya. Ini sekaligus akan mengurangkan keratan rentas pantulan radar yang menjadikannya lebih sukar dikesan. Selain itu, rekaan kon radar dan kokpit diubahsuai dan pod IRST yang sebelum ini di-hadapan kokpit digantikan dengan pod Electro-Optical Targeting System (EOTS) di bawah hidung.

KF-21EX dibangunkan bagi keperluan Korea Selatan sekiranya perlu menyerang Korea Utara di masa hadapan. Ia perlu mempunyai kemampuan memasuki ruang udara Korea Selatan tanpa dikesan dan kemudian menjatuhkan bom pintar sehingga 2000 paun ke atas kubu musuh. Seperti KF-21, KF-21EX juga direka untuk beroperasi dengan dron pengiring swaterbang Low Observable Unmanned Wingman System (LOWUS) yang diperlihatkan Februari lalu.
Pada waktu yang sama menawarkan pesawat pejuang sukar dikesan radar akan menjadikan KF-21EX lebih menarik di pandangan negara yang ingin mencari alternatif kepada F-35 serta memberikan persaingan kepada TAI KAAN yang sukar dikesan radar.
Semasa KF-21 dilancarkan, KAI meletakkan imej pengolokan pesawat ini dengan bendera Malaysia. Dengan program Multi-Role Combat Aircraft (MRC) Malaysia yang sudah beberapa tergendala, mungkinkah KF-21EX akan akhirnya menarik perhatian selepas KF-21 gagal.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.