Pada awal tahun ini, Dyson telah memperlihatkan pembersih hampagas dan pencuci lantai 2-dalam-1 mereka yang paling padat mereka pernah hasilkan, iaitu Dyson PencilWash. Secara ringkasnya, ia merupakan sebuah mesin hampagas padata Dyson Pencilvac yang hadir dengan ciri mencuci lantai juga, sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu lebih padat berbanding dengan penawaran Dyson Clean+Wash Hygiene atau Dyson G1 mereka.

Terkini, Dyson Malaysia telah mengumumkan bahawa Dyson Pencilwash kini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan dengan tanda harga RM1699. Perkakasan Dyson Pencilwash boleh mencuci lantai menggunakan air dengan ia menjadi pengganti kepada pengelap lantai manual untuk kegunaan dalam rumah yang kecil sekitar 1000 kaki persegi.

Bahagian pemegang mempunyai diameter 3.8 cm dengan ia hanya seberat 2.2 kg yang lebih ringan berbanding Dyson WashG1 yang dilancarkan pada tahun 2024. Walaupun kecil, PencilWash masih mempunyai tangki takungan air bersih 295 ml dan tangki air kotor 355 ml terbina.
Sebagai promosi jualan awal, Dyson Pencilwash kini ditawarkan pada harga RM1499 di laman web Dyson Malaysia, yang merupakan diskaun RM200 kepada harga asal perkakasan tersebut buat masa ini.






