Syarikat Kamera Filem Arri Dilaporkan Akan Dijual
Effi Saharudin
Syarikat filem kamera terkemuka Arri ingin dijual oleh pemiliknya menurut laporan Bloomberg. Syarikat kamera yang ditubuhkan pada tahun 1917 oleh August Arnold dan Robert Richter dan telah memenangi 20 anugerah Oscar dalam kategori kejuruteraan kamera. Laporan mengatakan Arri Group ingin menjual syarikat kerana perubahan landskap pembikinan filem dan siri pasca pandemik yang menyebabkan isu kewangan.

Arri Group telahpun menjual anak syarikat yang menjual kelengkapan lampu mereka untuk memulihkan aliran tunai. Mereka kini menggunakan perkhidmatan AlixPartners untuk menyelaraskan operasi perniagaannya dengan keputusan untuk menjual syarikat belum lagi dimuktamadkan.
Sebagai syarikat yang mempunyai nama yang besar serta pedigri teknologi kamera tidak boleh disangkal ia pasti tidak mempunyai masalah untuk mencari pembeli. Pada waktu yang sama perubahan landskap dunia perfileman tidak menjamin masa depan yang cerah. Kamera yang lebih murah dan penggunaan AI akan menghakis keperluan produksi menggunakan kelengkapan mercu seperti Arri dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.