Malaysia Oversight

HBO Max Juga Akan Mula Mengejar Pelanggan Yang Berkongsi Kata Laluan Akaun Mereka

By Amanz in August 8, 2025 – Reading time 1 minute
HBO Max Juga Akan Mula Mengejar Pelanggan Yang Berkongsi Kata Laluan Akaun Mereka


Tidak semua yang baik akan kekal selamanya. Dimana platform-platform penstriman seperti Netflix dan Disney+ telah menghalang pelanggan mereka daripada berkongsi akaun dengan ramai pengguna-pengguna lain, nampaknya HBO Max juga dilihat akan melakukan perkara yang sama.

Dalam panggilan pendapatan bersama pelabur syarikat baru-baru ini, JB Perrette, ketua penstriman dan gaming di Warner Bros Discovery telah mengatakan bahawa HBO Max akan memulakan kempen anti perkongsian kata laluan bermula September 2025 ini.

HBO Max Logo

Syarikat tersebut dilihat akan menutup kebolehan untuk pelanggan untuk “berkongsi” akaun-akaun mereka menjelang penghujung tahun ini, beberapa bulan selepas kempen anti-perkongsian ini. Beliau turut mengatakan bahawa WBD sudahpun mengenalpasti cara untuk memastikan mereka tahu siapa pelanggan sebenar dan siapa tidak.

Menurut beliau lagi, pada awal kempen, pengguna akan menerima mesej pop-keluar yang meminta mereka untuk melanggan akaun sendiri yang boleh ditutup, dan di bulan-bulan akan datang, mesej-mesej ini akan menjadi lebih agresif, dan mungkin akan lebih sukar untuk dipadamkan.

JB Perette menjangkakan bahawa dengan langkah ini, ia diharapkan bahawa HBO Max dapat menambahkan lagi jumlah pelanggan perkhidmatan penstriman menjelang penghujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan.

HBO Max ditawarkan di Malaysia dengan dua peringkat, iaitu Standard (RM23.30 sebulan, RM279.9 setahun) dan Premium (RM52.9 sebulan, RM424.9 setahun).

Engadget



Source link