Malaysia Oversight

Undang-undang sedia ada tak cukup paksa bapa culas bayar nafkah

By MkiniBM in August 8, 2025 – Reading time 2 minute
Undang-undang sedia ada tak cukup paksa bapa culas bayar nafkah


Cadangan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, agar sebuah agensi sokongan nafkah anak ditubuhkan di peringkat persekutuan mendapat sambutan positif daripada pakar dan aktivis.

Mereka berpandangan undang-undang sedia ada tidak cukup berkesan dalam memastikan bapa yang culas menunaikan tanggungjawab membayar nafkah anak.

Bercakap kepada Malaysiakini, wakil NGO wanita dan pakar undang-undang sependapat bahawa agensi berpusat yang merangkumi semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama berupaya menguatkuasakan bayaran nafkah serta memastikan bapa yang ingkar dikenakan tindakan.

Wakil SIS Forum, Ameena Siddiqi menyambut baik cadangan itu dan memaklumkan bahawa SIS telah memperjuangkan penubuhan agensi seumpama itu sejak 2005 lagi.

“Berdasarkan kajian kami, ramai lelaki gagal mematuhi perintah mahkamah dan penguatkuasaannya juga lemah. Mereka terlepas daripada tanggungjawab membayar nafkah, ada yang tidak membayar selama 10 tahun sehingga anak-anak dewasa. Akibatnya, para ibu mengalami tekanan mental dan kewangan yang teruk, dan ini turut menjejaskan anak-anak,” katanya.

Ameena turut merujuk dapatan daripada Telenisa, perkhidmatan bantuan guaman percuma SIS, yang banyak menerima aduan berkaitan nafkah anak dan ibu tunggal di bawah Undang-Undang Keluarga .

“Dalam pelancaran laporan Telenisa tahun lalu, kami turut mencadangkan penubuhan agensi seperti ini, bukan hanya untuk wanita tetapi untuk semua wanita Malaysia.

“Kebanyakan panggilan yang kami terima berkisar tentang bagaimana untuk menuntut nafkah anak, cara menguatkuasakannya dan ke mana harus dituju untuk mendapatkan bantuan,” jelasnya.

Dia turut menegaskan keperluan agensi persekutuan bagi menyelaraskan keputusan mahkamah syariah yang berbeza antara negeri, serta memudahkan pengumpulan dan akses kepada data penting seperti maklumat keluarga dan pendapatan isi rumah.

Sementara itu, peguam Nizam Bashir turut menyokong cadangan berkenaan, dan mencadangkan agar undang-undang sedia ada turut dikaji semula selari dengan penubuhan agensi tersebut.

Menurutnya, walaupun Akta Nafkah Isteri dan Anak (Perkahwinan) 1950 agak kukuh, ia hanya terpakai kepada bukan dan belum disemak semula sejak awal 1990-an.

Bagi umat Islam di Wilayah Persekutuan pula, mereka tertakluk kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang menyediakan kerangka lengkap mengenai nafkah anak.

Namun, tegas Nizam, kelemahan utama masih terletak pada aspek penguatkuasaan terhadap bapa yang gagal melaksanakan kewajipan mereka.

“Kewajipan ini bukan saja melibatkan ibu, tapi juga memberi kesan besar kepada anak-anak. Kita perlu pastikan mereka dibesarkan dalam persekitaran yang baik walaupun ibu bapa sudah bercerai,” kata Nizam.

Dia juga mencadangkan beberapa penambahbaikan, termasuk menyelesaikan siasatan pematuhan dalam tempoh satu hingga dua bulan, menetapkan tarikh pendengaran lebih awal, dan memudahkan mahkamah mengakses maklumat kewangan pihak terlibat bagi menyelesaikan tuntutan.

Awal minggu ini di Parlimen, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mencadangkan agar ditubuhkan Agensi Nafkah Anak peringkat persekutuan untuk secara automatik menguatkuasakan bayaran nafkah terhadap bapa yang enggan menyara anak mereka.

[Baca berita penuh]



Source link