Malaysia Oversight

Keputusan bebaskan saya tak tutup kegagalan k’jaan dalam skandal LCS

By MkiniBM in August 8, 2025 – Reading time 2 minute
Keputusan bebaskan saya tak tutup kegagalan k'jaan dalam skandal LCS


Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Hadi, berkata keputusan Mahkamah Majistret membebaskannya daripada pertuduhan berkaitan penyertaannya dalam himpunan #ManaKapalLCS pada Ogos 2022 tidak menutup kegagalan berhubung skandal tersebut.

Bekas setiausaha agung Muda itu menegaskan, gagal dalam menyelesaikan skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang pernah menjadi isu utama sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Keputusan hari ini tidak menutup kegagalan , khususnya dalam menyelesaikan kes skandal LCS, yang dulu (ketika mereka pembangkang) menjadi topik utama menuju PRU-15.

“Saya kekal sebagai satu-satunya individu yang turun naik mahkamah, sedangkan mereka yang terlibat tidak dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan media.

Amir didakwa pada 26 Ogos 2022 di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman atas dakwaan gagal memaklumkan pihak berkuasa mengenai penganjuran perhimpunan #ManaKapalLCS.

Namun dia mencabar keabsahan peruntukan itu dan pada 1 Julai 2025, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seksyen tersebut tidak berperlembagaan.

Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan sepatutnya menggugurkan pertuduhan, pihak pendakwaan memohon agar Amir dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA), yang membolehkan pendakwaan semula dibuat pada bila-bila masa.

Namun mahkamah majistret hari ini menerima hujahan peguam dan membebaskan Amir sepenuhnya.

“Keputusan hari ini membawa titik noktah kepada 3 tahun yang panjang,” kata Amir.

c6da35335ff9b01b036997fe5d590688

Untuk rekod, skandal kapal tempur pesisir (LCS) melibatkan projek pembinaan enam kapal untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) bermula pada 2011 dengan kos RM9 bilion.

Projek ini menjadi tumpuan apabila didapati tiada satu kapal pun siap ketika itu walaupun lebih RM6 bilion telah dibayar kepada kontraktor.

Antara isu utama yang dibangkitkan ialah pertukaran reka bentuk kapal tanpa persetujuan TLDM, kelemahan dalam pengurusan projek, serta pembayaran ratusan juta ringgit kepada pembekal tanpa bukti penghantaran. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan audit dalaman kerajaan turut mendedahkan penggunaan dana projek untuk membayar hutang lama BNS.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka siasatan dan melakukan beberapa tangkapan termasuk terhadap bekas Pengarah Urusan BNS, namun sehingga kini tiada tokoh politik utama didakwa secara terbuka.

Dalam pada itu Amir turut merakamkan penghargaan kepada pasukan peguamnya.

Dia juga menggesa kerajaan melibatkan pertubuhan masyarakat sivil dalam proses pindaan Akta Perhimpunan Aman serta menunaikan janji untuk memansuhkan undang-undang yang disifatkan sebagai menindas.

“Kami juga sekali lagi ingin menekankan tuntutan, supaya kerajaan melibatkan badan-badan bukan kerajaan untuk perbincangan meminda Akta Perhimpunan Aman, selain menggesa kerajaan menunaikan janji untuk memansuhkan undang-undang drakonian termasuk Akta Hasutan,” katanya.



Source link