Malaysia Oversight

Sony Masih Melihat Perniagaan Telefon Pintar Penting Kepada Syarikat

By Amanz in August 8, 2025 – Reading time 1 minute
Sony Masih Melihat Perniagaan Telefon Pintar Penting Kepada Syarikat


Sony Masih Melihat Perniagaan Telefon Pintar Penting Kepada Syarikat

August 8, 2025
Sony

Effi Saharudin

Era Sony melancarkan peranti pintar baharu setiap suku sudah berakhir beberapa tahun yang lalu. Sony Mobile kini hanya melancarkan 3 telefon pintar setiap tahun dengan tiada lagi tablet dan tumpuan lebih diberikan kepada model mercu. Tahun ini Sony tidak lagi mengilangkan sendiri telefon mereka menyebabkan wujud isu pasca pelancaran Xperia 1 VII. Ini mewujudkan ura-ura Sony akan menarik diri daripada perniagaan telefon pintar.

Sony Xperia 1 VII E

Tetapi ketika mengumumkan laporan kewangan mereka semalam, CFO Sony Group Sue Lin mengatakan perniagaan telefon pintar masih lagi penting kepada syarikat dengan teknologi komunikasi digunakan bukan sekadar untuk melakukan panggilan telefon. Tambah beliau lagi teknologi komunikasi ialah teknologi yang sangat penting yang telah dipupuk Sony sejak sekian lama.

Mengenai isu Xperia 1 VII pula, beliau memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan. Isu pada perisian menyebabkan peranti mati dengan sendiri dan kemudian tidak boleh dihidupkan semula. Pelanggan yang terkesan telah diberikan peranti gantian. Isu ini juga menyebabkan pelancaran Xperia 1 VII di Malaysia ditangguhkan sehingga ke hari ini.

CNET Japan

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link