Pelbagai Negara Menilai Kembali Kebergantungan Pada Sesuatu Model AI – Selepas Amerika Halang Akses Model Baharu Anthropic
Aman
Kerajaan beberapa buah negara kini sedang pertimbang dan menilai kembali kebergantungan kepada sesuatu model kecerdasan buatan, selepas Amerika Syarikat melakukan halangan penggunaan model Fable 5 dan Mythos 5 oleh Anthropic kepada mereka yang bukan rakyat Amerika Syarikat sejak penghujung minggu lepas. Langkah ini turut membuatkan Anthropic sendiri mematikan akses kepada model baharu mereka untuk semua pengguna seluruh dunia.

Perdana Menteri Kanada mengatakan situasi ini berlaku disebabkan terlalu bergantung pada sesuatu model. Beliau turut menambah mengatakan tiada siapa yang bersalah dalam hal ini, tetapi kita bersalah sekiranya hanya menerimanya dan tidak mengambil sebarang pengajaran daripadanya, atau tidak membangunkan sesuatu hasil daripadanya.
Selain halangan akses kepada model baharu ini, desas-desus sebelum ini turut mengatakan kerajaan Amerika mungkin akan mengambil pegangan pada OpenAI – seperti mana mereka mempunyai pegangan pada Intel. Ini lebih memberikan sebab kenapa sesuatu negara perlu mempunyai penawaran teknologi berdaulat mereka tersendiri.
Selain Kanada, beberapa negara Eropah telah turut menekankan kepada kedaulatan teknologi dengan membangunkan penawaran kendiri, selain India yang turut telah mula pertimbangkan dana tersendiri dalam membangunkan penawaran masing-masing.






