5G Malaysia : Liputan Kawasan Berpenduduk Kini Pada Angka 82.4%
Aman
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi mengatakan kadar liputan 5G untuk kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencapai 82.4%. Peningkatan baharu ini agak perlahan jikalau dibandingkan dengan fasa pengenalan sebelum ini.
Pada Januari 2024 lepas, kadar liputan 5G di Malaysia telah pun melangkaui 80%, dan sejak daripadanya perluasan kadar liputan bergerak perlahan. Angka 82.4% ini telah dikongsikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi pada Februari 2025 lepas. Kini, melalui perkongsian terbaru SKMM, ia dilihat angka berkenaan tidak berganjak. Bergerak ke hadapan, ia dijangka akan terus meningkat perlahan, apatah lagi dengan kawasan liputan baharu yang lokasinya mungkin lebih mencabar untuk pembangunan infrastruktur.
Sebelum ini, pada Februari 2025 lepas, Timbalan Menteri Komunikasi telah mengatakan kadar penggunaan 5G telah meningkat berbanding sebelumnya, dimana 53.35% pengguna menggunakan rangkaian 5G.
Selain DNB, pihak U Mobile juga sedang bangunkan rangkaian 5G kedua negara, dan sebelum ini ia disasarkan akan mencapai kadar liputan 80% sekitar 2026 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.