Malaysia Oversight

BOS kibar tifo terbesar, semarak semangat juang Harimau Selatan

By Utusan in August 7, 2025 – Reading time 2 minute
BOS kibar tifo terbesar, semarak semangat juang Harimau Selatan


ISKANDAR PUTERI: Boys of Straits (BOS) menjanjikan sesuatu yang istimewa menjelang perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok.

Wakil ketua BOS, Farihin Johari berkata, keterujaan itu semakin membuak-buak setelah pertembungan antara dua gergasi Liga Malaysia itu tidak berlangsung pada musim lalu setelah Red Giants mengumumkan untuk tidak hadir dalam perlawanan tersebut.

Katanya, menjelang pertemuan itu, BOS akan mengibarkan tifo gergasi dan bendera Johor bagi menghangatkan perlawanan dan membangkitkan semangat juang skuad Harimau Selatan.

“Tifo gergasi yang akan dikibarkan itu lebih besar berbanding yang kita bawa ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC, musim lalu.

“Kita juga akan edarkan kira-kira 36,000 bendera kepada penyokong bagi memastikan aura JDT menyelubungi SSI selain bersama-sama ikut pergerakan BOS untuk menaikkan suhu perlawanan itu,” katanya di sini hari ini.

Pada tahun lalu, JDT buat pertama kali dalam sejarah menang tanpa bertanding pada perlawanan Piala Sumbangsih apabila FC tidak hadir ke perlawanan tersebut atas beberapa faktor, termasuk isu keselamatan.

Kemenangan percuma itu menghadiahkan trofi ke-27 bagi Harimau Selatan, memenangi Piala Sultan Ahmad Shah buat tujuh tahun berturut-turut.

Menurut Farihin, rata-rata penyokong tidak sabar untuk kembali membanjiri SSI bagi melihat skuad baharu JDT yang  diperkuatkan dengan kehadiran pemain warisan serta pemain import baharu.

Penyokong juga tidak sabar melihat persembahan skuad Harimau Selatan di bawah kendalian Ketua Jurulatih baharu, Xisco Munoz yang mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang aksi pra musim di Sepanyol, bulan lalu.

“Kami lihat JDT tampak bersedia dan membuat persiapan jitu menjelang aksi Piala Sumbangsih, kami jangkakan kemenangan berpihak kepada JDT dengan jaringan 3-0.

“Dalam pada itu, kami berharap semua penyokong yang hadir ke stadium dapat mengawal emosi dan mengelak cetuskan provokasi, kita tinggalkan perseteruan itu di atas padang sahaja, sama-sama naikkan imej liga kita,” katanya.-UTUSAN

 





Source link