KAF Digital Bank Boleh Diakses Bermula Esok, 8 Ogos – Bank Digital Patuh Shariah Kedua Di Malaysia
Aman
KAF Digital Bank kini mengumumkan bank digital mereka akan dibuka untuk umum bermula esok, 8 Ogos 2025. KAF Digital Bank merupakan antara lima penerima lesen bank digital di Malaysia, dan merupakan bank digital patuh shariah kedua di Malaysia.
KAF Digital Bank diterajui oleh KAF Investment Bank, dan turut merangkumi ahli konsortium lain termasuk Carsome, MoneyMatch, Jirnexu dan juga StoreHub.

Untuk fasa permulaan, KAF Digital Bank akan menawarkan sokongan pendaftaran akaun simpanan peribadi. Ia turut disertakan dengan kad debit maya kepada semua pengguna. Ciri lain yang ditawarkan masih tidak diketahui lagi.
KAF Digital Bank mengatakan pengguna Malaysia boleh memuat-turun aplikasi dari Apple App Store dan Google Play Store bermula 8 Ogos 2025, dan melakukan pendaftaran melaluinya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.