Malaysia Oversight

Israel Didakwa Menggunakan Teknologi Microsoft Azure Untuk Mengintip Telefon Warga Palestin

By Amanz in August 7, 2025 – Reading time 2 minute
Israel Didakwa Menggunakan Teknologi Microsoft Azure Untuk Mengintip Telefon Warga Palestin


Israel Didakwa Menggunakan Teknologi Microsoft Azure Untuk Mengintip Telefon Warga Palestin

August 7, 2025
Microsoft
Sekuriti

Effi Saharudin

Israel menggunakan infrastruktur awanan Microsoft Azure bagi melakukan pengintipan besar-besaran ke atas panggilan telefon warga Palestin menurut siasatan bersama The Guardian, +972 Magazine dan Local Call.

Dalam laporan tersebut, Satya Nadella didakwa bertemu dengan Yossi Sariel yang merupakan ketua unit intipan Israel Unit 8200 pada tahun 2021 untuk berbincang mengenai penggunaan perkhidmatan awanan Microsoft.

MS Azure

Menerusi perkhidmatan storan awanan tanpa had Azure, Israel mengumpul jutaan panggilan telefon penduduk Gaza dan Tebing Barat setiap hari. Israel menggunakan alasan pemantauan besar-besaran ke atas warga Palestin adalah atas sebab keselamatan walaupun ia melanggar hak asasi manusia.

Sistem intipan ini sudah beroperasi sejak 2022 dengan data yang dikumpul kemudiannya digunakan untuk membantu melakukan serangan udara serta telah merancang operasi ketenteraan di Gaza dan Tebing Barat. Dalam dokumen yang tertiris, rakaman panggilan telefon warga Palestin telah disimpan di pusat data Azure yang terletak di Belanda dan Ireland. Di pangkalan data Belanda sahaja, rakaman audio melebihi 200 juta jam disimpan dengan ia mengambil ruang simpanan 11,500 TB.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Microsoft, mereka berkata mereka “tidak mengetahui Azure digunakan untuk penyimpanan data sedemikian.”. Manakala Unit 8200 hanyalah pelanggan perkhidmatan awanan dengan mereka “tidak membina atau berunding dengan Unit 8200” untuk membina sistem pengawasan berasaskan awanan.

Ini bukan kali pertama Microsoft dituduh terlibat dalam membantu Israel melakukan genosid di Palestin. Awal tahun ini sejumlah kakitangan Microsoft dipecat selepas melakukan bantahan terbuka kepada Satya Nadella ketika beliau melakukan ucap tama. Ini memaksa Microsoft mengeluarkan kenyataan menafikan Azure dan sistem AI mereka digunakan untuk melakukan serangan ke atas Palestin selepas 7 Oktober 2023 walaupun mempunyai kontrak bernilai $133 juta dengan Israel.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link