Seorang pemimpin DAP menegur penasihat parti itu, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya bahawa dasar gaji minimum dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu dilaksanakan kepada pekerja asing sedia ada.
Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan kenyataan ahli Parlimen Bagan itu sebagai “tidak wajar untuk seorang pemimpin parti sosial demokratik”.
“Tidak wajar bagi seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan golongan pekerja, tetapi menafikan perlindungan sosial paling asas kepada mereka yang melakukan kerja paling kotor, bahaya, sukar dan penting – hanya kerana mereka tidak dilahirkan di sini,” katanya kepada Malaysiakini.
“Malah, anda telah menunjukkan betapa selesanya anda dengan sistem yang bergantung kepada tenaga kerja murah dan boleh diganti,” kata bekas pengerusi Asean Parliamentarians for Human Rights itu lagi.
Ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini, Lim berhujah bahawa Malaysia tidak terikat dengan mana-mana konvensyen PBB atau Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), dan maka tidak perlu melaksanakan dasar gaji minimum RM1,700 mahupun caruman KWSP dua peratus terhadap pekerja asing sedia ada.

Lim berkata kadar gaji minimum dan caruman KWSP hanya perlu dilaksanakan kepada pekerja asing baru, kerana majikan mengambil pekerja asing sebelum ini atas terma yang berbeza.
Pada Mac 2023, kerajaan telah membekukan pengeluaran kuota pengambilan pekerja asing baru.
Malaysia had, in March 2023, imposed a freeze on the issuance of new migrant worker hiring quotas.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa terdapat 2,368,422 pekerja asing di Malaysia setakat Disember 2024, merangkumi 14 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja di negara ini.
Tiada diskriminasi
Charles menegaskan dasar tenaga kerja tidak sepatutnya mendiskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing, atau antara pekerja lama dan baru.
“Ini juga melanggar prinsip ILO mengenai layanan setara untuk pekerja asing dari segi gaji, yang bermaksud mereka tidak boleh menerima layanan lebih buruk daripada pekerja tempatan untuk jawatan yang sama,” katanya.
Sebagai anggota ILO, Malaysia telah meratifikasi lapan daripada 10 konvensyen asas, termasuk konvensyen berkaitan “imbuhan setara”.

Konvensyen 1951 itu menjamin perlindungan daripada diskriminasi gaji berasaskan jantina, namun Charles turut merujuk perlindungan lebih luas di bawah Konvensyen Diskriminasi (Pekerjaan dan Jabatan) 1958 yang juga diratifikasi Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan mengingatkan bahawa Malaysia turut telah meratifikasi tiga lagi konvensyen berkaitan:
“Namun, Lim sewenang-wenangnya menolak piawaian ini dengan alasan ‘kita tidak terikat dengan konvensyen PBB dan ILO’.
“Sikap hipokrit ini amat mengejutkan, terutama selepas bertahun-tahun kerajaan berusaha untuk menyelaraskan dasar dengan piawaian ILO,” kata Arutchelvan.
“Nampaknya DAP hanya meniru segala yang dilakukan PAP di Singapura, termasuk standard hak asasi manusia dan pekerja yang lebih rendah,” katanya merujuk kepada hujah Lim bahawa Singapura tidak mewajibkan caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kepada pekerja asing sejak 2003 tanpa sebarang tindakan dari ILO.
Tersasar dari isu sebenar
ktivis hak pekerja asing, Adrian Pereira pula berkata ramai yang terlepas pandang bahawa struktur ILO berbentuk tiga hala, iaitu melibatkan kerajaan, majikan dan pekerja, dalam merangka standard menerusi konsensus.

“Jadi sangat tidak masuk akal untuk tiba-tiba berkata kita tidak mahu ikut konvensyen. Ada konvensyen yang menyentuh soal kesaksamaan dan menentang buruh paksa.
“Lim benar-benar tersasar apabila mencadangkan agar pekerja dibayar lebih rendah atau tidak diberi manfaat setara.
“Ia menunjukkan pandangan yang lapuk tentang erti keadilan,” kata pengarah Eksekutif North-South Initiative itu ketika dihubungi.
Pereira mengingatkan dasar yang mendiskriminasi boleh memburukkan lagi indeks buruh paksa, yang berisiko membawa sekatan perdagangan atau halangan eksport ke atas Malaysia.
Tanpa gaji minimum, katanya lagi, pekerja asing mungkin terpaksa bekerja lebih lama dan dalam keadaan yang lebih teruk semata-mata untuk menyara kehidupan.
Jadi persoalannya bukan sama ada ILO suruh atau tidak, tetapi tentang mengambil tindakan yang betul,” katanya lagi.
Gaji minimum baru dan caruman dua peratus oleh majikan serta pekerja asing diumumkan dalam Belanjawan 2025, dan dijangka mula dikuatkuasakan pada Oktober tahun ini.