Malaysia Oversight

Trump tubuh jawatankuasa khas Sukan Olimpik 2028

By Utusan in August 5, 2025 – Reading time 2 minute
Trump tubuh jawatankuasa khas Sukan Olimpik 2028


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald bakal menandatangani satu perintah eksekutif esok bagi menubuhkan pasukan petugas Olimpik di Rumah Putih menjelang temasya Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Menurut seorang pegawai pentadbiran, pasukan itu akan dianggotai ahli Kabinet serta wakil agensi bagi menyelaraskan isu keselamatan, pengangkutan dan urusan logistik lain.

Pasukan khas itu juga akan mempermudah proses visa dan pentauliahan atlet, jurulatih, pegawai serta media asing,” kata pegawai terbabit.

AS dijadual menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar dunia itu dalam tempoh tiga tahun lagi, selepas kali terakhir menganjurkannya pada tahun 1996 di Atlanta.

yang kini dalam penggal kedua selepas menewaskan Joe Biden dalam pilihan raya 2024, menyifatkan Olimpik dan Piala Dunia sebagai acara kemuncak pentadbirannya.

“Ketika penggal pertama, Presiden memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan hak penganjuran Olimpik 2028 untuk AS.

“Beliau menganggap ini satu penghormatan besar untuk memimpin persiapan temasya sukan global ini pada penggal keduanya,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt dalam satu kenyataan.

Bulan lalu, jawatankuasa penganjur LA2028 mendedahkan jadual penuh pertama acara pertandingan sepanjang temasya berlangsung.

Los Angeles pernah menganjurkan Sukan Olimpik pada 1932 dan 1984, dan kini bersiap sedia menjadi tuan rumah buat kali ketiga.

“Penubuhan pasukan petugas ini merupakan langkah penting dalam perancangan dan komitmen bersama untuk menjadikan Olimpik 2028 sebagai yang paling hebat pernah dianjurkan,” kata Pengerusi LA2028, Casey Wasserman dalam kenyataan rasmi. – AGENSI





Source link