Malaysia Oversight

Hayati sejarah Asia tanpa naratif penjajah

By Utusan in August 5, 2025 – Reading time 2 minute
Hayati sejarah Asia tanpa naratif penjajah


KUALA LUMPUR: Penghargaan lebih besar perlu dihayati dan dihargai terhadap sejarah Asia tanpa naratif kolonial dengan menjadikan Kesultanan Mysore Tipu Sultan sebagai lambang keberanian, keilmuan dan toleransi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim berkata, sumbangan Tipu Sultan dan bapanya, Haider Ali, sebagai pejuang menentang penjajahan British menggambarkan betapa pentingnya memahami sejarah daripada sudut pandang pemimpin tempatan dan serantau, bukannya hanya melalui naratif Barat.

“Salah seorang sarjana kita, Syed Hussein Al‑Atas juga menekankan keperluan membina semula sejarah kerana ia tidak boleh ditulis hanya oleh pemenang atau dari perspektif penjajah.

“Sejarah Malaysia seperti sejarah lain, sentiasa ditulis dari perspektif British.

“Sudah tentu banyak karya akademik telah dihasilkan termasuk Sarjana Edward Said mengenai orientalism, namun cara disiplin sejarah, budaya dan masyarakat dipengaruhi sudut pandang tertentu dari Barat,” katanya dalam majlis pelancaran pameran ‘More Than A Day As A Tiger’ di Muzium Kesenian di sini hari ini.

Pameran tersebut diadakan buat pertama kali diadakan di negara ini bermula esok sehingga 11 Januari tahun depan.

Terdapat lebih 100 artifak yang telah dikumpulkan ketika zaman Kesultanan Mysore Tipu Sultan dipamerkan sepanjang tempoh berkenaan.

berharap, pameran tersebut juga dapat menggalakkan tadbir urus secara inklusif selain menghargai pendidikan lebih mendalam bagi semua rakyat di negara ini.

“Tipu Sultan adalah seorang ilmuan, pemimpin, seorang yang bertoleransi dan pejuang anti-penjajahan yang tidak gentar.

“Beliau memahami keperluan menguasai teknologi, terutamanya dalam peperangan, untuk menentang pemerintahan kolonial.

“Apa yang sering kurang diketahui adalah tadbir urus inklusif beliau. Tipu Sultan menghormati dan mengambil berat terhadap semua rakyatnya, majoriti daripada mereka adalah ,” katanya.

dalam masa yang sama turut memetik kata-kata Tipu Sultan ‘Lebih baik hidup sehari sebagai harimau daripada seratus tahun sebagai kambing’ yang memberi inspirasi kepada sebarang gerakan transformasi dan reformasi.-UTUSAN





Source link