Malaysia Oversight

Defisit turun secara berfasa, kurangkan beban hutang negara

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 2 minute
Defisit turun secara berfasa, kurangkan beban hutang negara


PARLIMEN l Madani menurunkan defisit secara berfasa bagi mengurangkan beban hutang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Beliau berkata sekiranya defisit diturunkan secara mendadak, ia berisiko membantutkan peruntukan tambahan untuk sektor pendidikan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kesihatan.

berkata defisit yang dicatatkan pada kadar 5.5 peratus pada 2022 telah menurun secara berfasa kepada lima peratus pada 2023 dan seterusnya kepada 4.1 peratus pada 2024.

“Sasaran kita ialah menurunkan defisit secara berfasa. Selagi defisit tidak diturunkan, jumlah hutang akan bertambah.

“Sebab itu, dari segi hutang, saya sebut bahawa pada 2021, hutang baharu adalah sebanyak RM100 bilion; 2022 (RM99 bilion), 2023 (RM92.6 bilion) dan 2024 (RM76.8 bilion),” kata beliau pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

berkata peruntukan di bawah program STR dan SARA bertambah sehingga RM15 bilion manakala Kementerian Pendidikan mendapat tambahan tertinggi, iaitu sehingga RM64 bilion dan kesihatan (RM45 bilion).

Beliau berkata dasar yang dilaksanakan ini dilihat sebagai dasar fiskal yang bertanggungjawab berikutan keyakinan pelabur yang meningkat sama ada domestik atau asing terhadap Malaysia.

“Oleh kerana itu, walaupun ringgit dikatakan merosot, (itu) tidak betul. Pada masa ini, ringgit masih merupakan dana atau mata wang terkuat di Asia.

“Keadaan paling parah adalah pada paras 4.70 (tetapi) sekarang pada paras 4.24,” kata beliau.

Anwar berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada MADANI menguruskan hutang negara dengan bertanggungjawab memandangkan hutang naik daripada RM1,079.1 bilion pada 2022 kepada RM1,247.6 bilion pada akhir 2024 yang hampir mencecah 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kita menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenaikan itu, iaitu hampir 65 peratus (daripada) KDNK adalah pembelanjaan pembangunan.

“Kita tidak berhutang untuk perbelanjaan mengurus. Kita berhutang walaupun kurang jumlah hutang itu untuk perbelanjaan pembangunan,” kata Anwar.

– Bernama



Source link