Malaysia Oversight

Apa jadi dengan 6 Adun yang lain, tanya PN

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


PARLIMEN | Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini mendakwa wujud pendakwaan berpilih berhubung isu skandal rasuah yang terpalit ke atas ramai wakil rakyat di Sabah.

Ronald Kiandee (PN-Beluran) berkata apabila isu rasuah dibangkitkan orang ramai tidak boleh lari daripada teringat kepada skandal yang banyak diperkatakan sekarang melibatkan Sabah.

Katanya umum mengetahui ada lapan yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut.

Namun tambah Naib Presiden Bersatu itu lagi, hanya dua daripada mereka yang sudah didakwa di mahkamah

“Soalnya sekarang ialah, bagaimana dan apakah tindakan terhadap enam yang lain?” katanya semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Menurut Ronald, ada antara Adun yang didakwa terlibat dalam skandal itu memegang jawatan penting dalam parti Gabungan Rakyat Sabah serta bekas ahli Warisan dan .

Sebahagian daripada mereka, katanya, berjawatan timbalan presiden, naib presiden dan bendahari agung, selain seorang speaker dewan undangan negeri.

Pada masa sama, katanya, dua Adun yang sudah didakwa itu tidak pun memegang sebarang jawatan dalam parti.

“Apakah ada tindakan lanjut akan diambil?” katanya.

[Baca berita penuh]



Source link