Malaysia Oversight

Wakil DAP elak debat kerana ‘tiada apa-apa nak diperkatakan’

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 2 minute
Wakil DAP elak debat kerana ‘tiada apa-apa nak diperkatakan’


Dalam respons balas berhubung cabaran debat, Ketua Pemuda Perak, Theeagesh Ganesan berkata M Thulsi daripada DAP sepatutnya berhenti bersandiwara dan mengaku sahaja sebab sebenar dia menolak untuk berdebat dengannya, daripada terus menyindir .

Ini susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri () Buntong itu yang menuduh cuba mencari perhatian semula melalui taktik murahan, sambil mendakwa parti itu mendalangi penyebaran poster palsu yang menunjukkan seolah-olah dia menerima cabaran debat daripada Theeagesh.

“Jangan bazirkan masa dengan drama. Sebab sebenar anda mengelak debat ini mudah: anda tiada apa -apa untuk diperkatakan, dan lebih sedikit lagi untuk ditunjukkan.

“Selepas dua penggal dalam dan 40 kerusi Parlimen pada 2022, masyarakat India masih menunggu. Mana hasilnya?” soal Theeagesh dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pemuda DAP Perak mengecam penyebaran poster palsu tersebut.

d5bbb8d070497d6f7f9251cbeddb8fad

Mereka mendakwa bahawa poster yang direkayasa itu merupakan satu provokasi politik yang bertujuan mengalih perhatian umum sambil menjejaskan kredibiliti Thulsi.

Sambil mengakui bahawa debat sepatutnya menyumbang nilai kepada sesuatu isu, kumpulan itu berkata tiada apa yang boleh dimanfaatkan daripada berdebat dengan MIC, memandangkan parti itu didakwa tidak banyak membantu masyarakat India.

Kenapa takut?

Tidak terkesan dengan hujah itu, Theeagesh berkata Thulsi tidak wajar menuduh MIC “terlalu banyak masa” untuk mencipta poster palsu, sedangkan dia sendiri enggan berdebat.

Pemimpin MIC itu turut mendakwa bahawa masyarakat India bukanlah komuniti pertama yang dikecewakan oleh DAP, dan perkara sama juga pernah berlaku terhadap masyarakat Cina.

846f6b80a4078e53361d2371fadbd689

“Anda telah menipu masyarakat Cina dari tahun 2004 hingga 2022, menjanjikan pembaharuan, akauntabiliti, dan tindakan. Anda terus menang, tetapi mereka terus kalah.

“Kini anda menggunakan taktik yang sama terhadap masyarakat India dan berharap tiada siapa yang perasan.

“Dan apabila anda akhirnya dicabar mempertahankan rekod anda, anda mengelak. Anda bersandiwara, anda melarikan diri,” tambah Theeagesh.

Pertelingkahan antara kedua-dua pemimpin ini tercetus selepas Thulsi mencadangkan agar MIC keluar dari Madani jika merasakan diri mereka seperti “tetamu yang tidak diundang” – satu sentimen yang turut diulang oleh Timbalan Presiden MIC, M .



Source link