Malaysia Oversight

8 warga tempatan antara 15 tekong darat ditahan

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Lapan warga tempatan adalah antara 15 individu disyaki menjadi tekong darat yang ditahan polis dalam 10 serbuan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) di antara 1 Jan lalu hingga semalam.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Hakemal Hawari, berkata turut ditahan dalam tempoh berkenaan ialah tujuh tekong darat warga Indonesia dan 224 pendatang tanpa izin.

“Dalam dua serbuan menerusi Atipsom pada 21 Jun dan 22 Julai lalu, anggota PGA turut merampas dadah disyaki syabu seberat 10.355kg dan pil ekstasi seberat 3.6kg serta kenderaan dengan nilai keseluruhannya dianggar RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Hakemal berkata kejayaan tangkapan dan rampasan berkenaan adalah hasil pelbagai pendekatan strategik dalam membanteras jenayah penyeludupan khususnya di sempadan perairan Malaysia melibatkan pantai serta pantai barat Johor.

Katanya sebanyak 288 serbuan dijalankan dalam tempoh sama meliputi kawasan di , Kuala Lumpur, , Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Hasilnya, sebanyak 1,005 individu ditahan dan pelbagai rampasan dilakukan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.1 bilion,” katanya.

Dia menambah kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan PGA dalam membanteras jenayah yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.

“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah sebagai mata dan telinga pasukan keselamatan bagi memastikan sempadan negara kekal bebas daripada pencerobohan serta aktiviti haram,” katanya.

Bernama



Source link