Malaysia Oversight

Trump umum tarif 39 peratus ke atas Switzerland

By MkiniBM in August 4, 2025 – Reading time 1 minute
Trump umum tarif 39 peratus ke atas Switzerland


Presiden Amerika Syarikat Donald mengumumkan tarif sehingga 39 peratus ke atas barangan Switzerland dipercayai selepas mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Switzerland, Karin Keller-Sutter, lapor Sputnik memetik laporan Financial Times berdasarkan sumber diplomatik Switzerland.

Perbualan itu merupakan kemuncak kepada lebih tiga bulan rundingan, ketika pegawai Switzerland percaya mereka hampir mencapai perjanjian perdagangan serupa dengan United Kingdom, yang dipersetujui pada kadar tarif 10 peratus.

Namun sebaliknya, mengumumkan kadar 39 peratus iaitu antara yang tertinggi di dunia, menurut akhbar itu.

Menerusi panggilan itu, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap defisit perdagangan Amerika Syarikat dengan Switzerland dan menyatakan bahawa kadar 10 peratus adalah tidak mencukupi.

“Tiada apa yang boleh dikatakan oleh Keller-Sutter,” kata sumber berkenaan.

Tarif baharu itu akan dikenakan terhadap 69 rakan dagang Amerika Syarikat dan dikuat kuasa mulai 7 Ogos, memberikan sedikit ruang kepada negara-negara terlibat untuk mencapai perjanjian perdagangan dengan Washington bagi mengelakkan kenaikan kadar import.

Menurut kandungan dekri itu, tarif tertinggi sebanyak 41 peratus dikenakan ke atas Syria, manakala import dari Myanmar dan Laos dikenakan kadar 40 peratus. Barangan dari Iraq dan Serbia pula akan dikenakan tarif sebanyak 35 peratus.

Bernama-Sputnik/RIA Novosti



Source link