Malaysia Oversight

Janganlah tuduh Mimi Fly ‘sesuatu’

By Utusan in August 3, 2025 – Reading time 2 minute
Janganlah tuduh Mimi Fly ‘sesuatu’


Kalau sebut nama Mimi Fly, pasti ramai yang terus terbayang kelincahan si penyanyi ini di pentas, gaya fesyen luar kotak dan personalitinya yang disenangi ramai.

Soal kerjaya, tentulah tidak perlu dipertikaikan. Mimi pula memang sedang ‘mendunia’ sekarang setelah berjaya memukau peminat dengan lagu Angkat dan Serumpun.

Tetapi hendak dijadikan cerita, baru-baru ini, Cik Bunga ada terdengar desas-desus kononnya Mimi Fly ada ‘sesuatu’ dengan seorang pempengaruh wanita yang boleh dikatakan dikenali ramai juga.

Kononnya, hubungan mereka bukan sekadar sahabat. Hah? Sampai begitu? Aduh, tak baik tuduh bukan-bukan. Setahu Cik Bunga, Mimi dan si pempengaruh itu memang sudah lama berkawan. Memang mereka sering kelihatan bersama.

Ke mana Mimi pergi, si pempengaruh ini ada saja di sisi, tetapi mungkinlah bukan setiap hari. Cuma kita dapat lihatlah bahawa mereka ini benar-benar akrab dan selalu juga buat kandungan media sosial bersama.

Kadangkala, bila dua wanita terlalu rapat dan selesa antara satu sama lain, mula timbul pula fitnah yang bukan-bukan.

Ada yang cepat buat kesimpulan, terus lontarkan tuduhan tidak berasas. Sedangkan, kita yang tengok pun tidak tahu apa-apa.

Cik Bunga pun tertanya juga, kenapa perlu dicari cerita pelik-pelik sedangkan yang jelas di depan mata adalah persahabatan mereka yang kukuh dan saling menyokong? Tidak cukupkah itu sebagai contoh positif?

Memanglah Mimi suka buat bahan kandungan media sosial dengan cara berlakon dengan pempengaruh terbabit persis pasangan kekasih. Tetapi, agak-agaklah, semua orang pun tahu itu sekadar lakonan dan gurauan.

Tak akanlah Mimi perlu serius sahaja 24 jam tidak boleh bergurau? Lagi satu, bukannya Mimi ini individu yang tidak ada jati diri dan agama, agak-agaklah hendak menuduh dia begitu.
Cik Bunga harap, netizen boleh tapis sikit mulut dan jari itu apabila bercakap soal peribadi orang. Jangan sebab kita ‘terlebih rajin menyiasat’, maruah orang jadi bahan gurauan. Betul tak?





Source link