Malaysia Oversight

Buku Buddha ditapis kerana unsur ‘lucah’, dakwa penterjemah

By MkiniBM in August 3, 2025 – Reading time 3 minute
Buku Buddha ditapis kerana unsur 'lucah', dakwa penterjemah


Kes penapisan buku agama Buddha yang diimport baru-baru ini mendapat kecaman ramai, apabila pihak berkuasa didakwa bertindak melampau dan semakin bersikap konservatif.

Penterjemah Sherab Wong mendedahkan dalam satu hantaran Facebook pada petang Isnin (28 Julai) bahawa dia mendapati salinan buku “Illustrated Heart Sutra” (圖解心經) di kedai buku Cite Book Garden, Kuala Lumpur, sebahagiannya telah dihitamkan.

Dia berkata kakitangan kedai buku memaklumkan bahawa tindakan itu dilakukan oleh pihak Jabatan Kastam.

“Satu bahagian yang menggambarkan Dua Belas Punca Bergantungan (Twelve Nidānas) dalam Heart Sutra telah disekat dengan dakwat hitam,” tulis Wong.

“Alasannya? Kastam mendakwa ia mengandungi unsur lucah,” katanya.

Wong berkata dia “sangat marah dan tidak selesa” dengan perkara itu.

, oh ,” tulisnya merujuk kepada Perdana Menteri Ibrahim.

“Adakah kamu benar-benar mahu memimpin negara berbilang agama, kaum, bahasa dan budaya ini kembali ke zaman konservatif sempit tahun 70-an dan 80-an? Dengan Anwar sebegini, siapa yang tidak marah atau kecewa?”katanya.

Wong turut memaklumkan bahawa, apabila ditanya, kakitangan kedai buku memaklumkan mereka tidak lagi akan mengimport buku atau penerbitan yang berisiko dihitamkan oleh pihak kastam — seperti yang melibatkan dewa-dewi , amalan tertinggi Vajrayana, atau fotografi seni — kerana karya-karya ini mungkin mengandungi unsur bogel.

Dia juga berkongsi beberapa gambar, antaranya menunjukkan nota yang ditampal pada kulit buku, yang dipercayai merujuk kepada tindakan penapisan oleh Jabatan Kastam:

“Kami mohon maaf. Disebabkan terdapat bahagian yang dihitamkan oleh pihak kastam pada muka surat 128 dan 131, sila bercakap dengan kakitangan kami jika anda ingin membuka dan membaca buku ini.”

c898b96888a6ce7790ce0658dfd78c15

Dua lagi gambar menunjukkan muka surat dalam buku tersebut yang telah ditapis.

Hormati agama

Bercakap kepada Malaysiakini, Wong berkata dia sering mengunjungi kedai buku dan tidak pernah melihat buku yang ditapis sebegitu rupa.

Dia menambah, kakitangan kedai mengesahkan bahawa “Illustrated Heart Sutra” menjadi sasaran kerana didakwa mengandungi “kandungan lucah.”

“Bahagian yang ditapis itu hanyalah ilustrasi berkaitan Dua Belas Nidāna, menggambarkan lelaki dan wanita bersama — melambangkan kitaran ‘Bhava’ (kewujudan) dan ‘Jāti’ (kelahiran),” jelas Wong.

“Saya dapati penapisan itu langsung tidak perlu. Ini ialah buku agama. Kita sering kata agama itu sensitif dan perlu dihormati — jadi kenapa layan macam ni?”

Wong, yang pernah menyokong gerakan reformasi, turut meluahkan kekecewaan terhadap apa yang disifatkannya sebagai suasanan yang semakin menekan.

“Saya dah lama baca buku, tapi tak pernah lihat yang sebegini. Ia tidak masuk akal. Kenapa kita semakin konservatif?” soalnya.

Kunjungan Malaysiakini ke Cite Book Garden mengesahkan bahawa nota berhubung penapisan memang ditampal pada kulit belakang buku.

8fc7c678223564db057b302afc1796a3

Jabatan Kastam nafi bertanggungjawab

Sebagai respons kepada pertanyaan media, pihak kedai buku berkenaan memberitahu Malaysiakini melalui e-mel bahawa Jabatan Kastam telah memaklumkan mereka lebih awal bahawa beberapa ilustrasi dalam “Illustrated Heart Sutra” melanggar peraturan penapisan.

Buku itu hanya dibenarkan diimport selepas bahagian yang dianggap tidak sesuai dihitamkan.

Menurut kedai buku tersebut, Jabatan Kastam kerap memeriksa buku import dan mungkin menapis atau menolak buku yang mengandungi elemen bogel, lucah, keganasan, atau kandungan agama yang sensitif.

Jika terdapat isu, kastam lazimnya akan mengeluarkan notis bertulis menjelaskan sebab penolakan.

“Jika sesebuah buku gagal dalam pemeriksaan, kami akan hentikan pengimportannya,” kata mereka.

“Ini bukan serangan terhadap mana-mana agama atau kategori tertentu.”

Namun begitu, apabila dihubungi oleh Malaysiakini, Jabatan Kastam menafikan mereka yang menapis atau menghitamkan kandungan buku tersebut.

Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Durairajoo Muniandy, menjelaskan bahawa kastam tidak mempunyai kuasa untuk menapis sebarang penerbitan import.

“Kalau dia kata, KDN kata boleh masuk, dia bagi permit masuk. Buku ni dia (KDN) dah tapislah, dia have to go through all this thing, dia bagi masuk. Kalau dia kata tak boleh, kita akan rampas buku. Kita tak akan hitamkan muka (surat),” tambahnya.



Source link