Malaysia Oversight

MP Kepong kritik respons Miti isu dakwaan ciplak reka bentuk ekspo

By MkiniBM in August 2, 2025 – Reading time 2 minute
MP Kepong kritik respons Miti isu dakwaan ciplak reka bentuk ekspo


Lim Lip Eng mempertikai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), yang disifatkan gagal menafikan dakwaan plagiarisme yang melibatkan reka bentuk pavilion Malaysia untuk Ekspo 2025 di Osaka, Jepun.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Kepong itu mengkritik respons Miti, yang merujuk kepada “perbincangan aktif” yang sedang berjalan dengan syarikat yang membuat dakwaan itu, sebagai mengelak dan kurang ketelusan.

“Kementerian langsung tidak menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya hanya memaklumkan bahawa perbincangan sedang berlangsung.

“Kegagalan untuk menolak dakwaan secara terbuka menimbulkan persoalan besar tentang kesahihannya. Jika benar reka bentuk itu bukan hasil curi, mengapa sukar untuk menyatakan demikian?” soalnya.

Lim juga mendakwa menerima aduan daripada syarikat tempatan lain, mendakwa idea mereka digunakan tanpa persetujuan selepas menyertai tender .

e7c6a4eb044f67cf7ce76faa7b04580c

“Amalan ini amat membimbangkan dan menjejaskan keyakinan terhadap sistem perolehan awam.

perlu segera menjelaskan sama ada reka bentuk tersebut benar-benar dicuri, mendedahkan jumlah dan syarat pampasan jika ada, mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab, dan memperkukuh garis panduan bagi melindungi hasil kerja pihak swasta,” katanya.

Lim menegaskan bahawa perkara itu melangkaui sebuah syarikat dan melibatkan dana awam, serta imej Malaysia di persada antarabangsa.

“Perkara ini melibatkan integriti negara di mata dunia. Rakyat berhak mengetahui kebenaran sepenuhnya,” katanya.

Dalam jawapan bertulis parlimen semalam, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya sedang dalam “perbincangan aktif” dengan Current Media Group (CMG), syarikat tempatan yang menuduh Miti menciplak reka bentuknya untuk ekspo Osaka.

CMG mengeluarkan surat tuntutan kepada Miti pada 17 Julai, memohon pampasan dan pengiktirafan atas kerjanya di pavilion Malaysia.

Syarikat itu sebelum ini berkata ia memutuskan untuk memulakan prosiding undang-undang selepas kehabisan semua saluran penglibatan tidak formal dan memberi masa yang mencukupi untuk kementerian bertindak sewajarnya.

Pengasasnya, Fey Ilyas, mula-mula membuat dakwaan itu kepada umum pada 13 April melalui Instagram, mendakwa CMG bertanggungjawab ke atas “konsep, tema, naratif, dan hala tuju seni bina” reka bentuk pavilion itu.

Fey mendakwa bahawa meski dengan sumbangan CMG, syarikat itu tidak dibayar atau dikreditkan, dan sebaliknya dinasihatkan untuk berdiam diri bagi mengelakkan peluang masa depan terjejas.

Ekspo 2025 di Osaka, Jepun, diadakan dari 13 April hingga 13 Okt 2025 dan bertujuan untuk menghimpunkan idea, pelaburan dan teknologi dari seluruh dunia, serta menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Source link