Malaysia Oversight

Sony Dilaporkan Menjual Pegangan Perniagaan Hiburan Rumah Kepada TCL Pada Nilai $1 bilion

By Amanz in March 24, 2026 – Reading time 1 minute
TV Sony Akan Dikeluarkan Syarikat Baharu  Dengan Kerjasama TCL


Sony Dilaporkan Menjual Pegangan Perniagaan Hiburan Rumah Kepada TCL Pada Nilai $1 bilion

March 24, 2026
Sony
TCL
TV

Effi Saharudin

Sony hampir mencapai perjanjian muktamad untuk menjual majoriti pegangan dalam perniagaan hiburan rumahnya (home entertainment) kepada TCL menurut laporan Bloomberg. Rundingan antara kedua-dua syarikat berada pada tahap lanjutan, tetapi keputusan akhir akan diumumkan pada penghujung bulan ini dengan nilau urus niaga dianggarkan sekitar $1 bilion.

SONY BRAVIA XR Lineup

Januari lalu Sony dan TCL mengumumkan pembentukan syarikat usaha sama menghasilkan produk hiburan rumah Sony. Menerusi kerjasama ini, TCL akan memegang 51% saham manakala baki 49% pula dipegang Sony. Sony tidak lagi mengeluarkan televisyen sendiri dengan jenama Sony dan Bravia akan menggunakan teknologi paparan TCL selepas ini. Syarikat baharu akan memulakan operasi pada April 2027.

Syarikat baharu ini akan memanfaatkan teknologi gambar dan audio berkualiti tinggi Sony sambil memanfaatkan teknologi paparan termaju, kelebihan skala global, jejak industri, kecekapan kos dan kekuatan rantaian bekalan TCL.

Ini sekaligus akan menamatkan era Sony mengeluarkan sendiri kelengkapan audio visual mereka sejak radio pertama TR-55 dijual pada tahun 1955. Tahun lalu Sony juga berhenti mengilangkan telefon pintar sendiri dengan semua peranti Xperia dikeluarkan oleh OEM. Ia bermula buruk dengan barisan pertama Xperia 1 VIII menghadapi pelbagai isu apabila diterima pembeli awal.



Source link