Huawei Mate 80 Pro Max Wind Edition Dengan Kipas Terbina Diumumkan
Effi Saharudin
Huawei Mate 80 Pro dilancarkan di Malaysia dua minggu lalu dengan ia hadir dengan kemampuan kamera yang menarik. Di China, Huawei Mate 80 Pro Max Wind Edition pula diumumkan dengan ia dilengkapi kipas penyejukan terbina.

Sekilas pandang peranti kelihatan sama dengan Huawei Mate 80 Pro biasa tetapi pada bonggol kamera dapat dilihat kekisi untuk pergerakan udara. Satu lagi perubahan yang dilakukan ialah sistem kuad kamera digantikan dengan tri kamera sahaja bagi memberi ruang kepada sistem kipas udara fizikal.
Spesifikasi lengkap belum lagi diumumkan oleh Huawei tetapi besar kemungkinan sama dengan Huawei Mate 80 Pro iaitu skrin 6.9″ AMOLED LTPO, Kirin 9030 Pro, memori 16GB RAM, storan sehingga 1TB, dan bateri 6000 mAh yang menyokong pengecasan 100W.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






