Malaysia Oversight

Saravanan, Puad perang mulut isu ugutan MIC keluar BN

By MkiniBM in July 31, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi dan Timbalan Presiden , M saling menyerang sesama mereka di Facebook hari ini susulan kenyataan Saravanan yang mengugut untuk membawa keluar daripada Barisan Nasional ().

Ketegangan tercetus apabila Puad menyindir ahli parlimen Tapah itu berhubung kenyataannya di Utusan Malaysia baru-baru ini, apabila Saravanan mendakwa telah “diperdaya” untuk menyokong penubuhan kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Ibrahim.

77b48eccb71119614599e00bb33e93c3
M Saravanan

Menurut bekas menteri sumber manusia itu, MIC dimaklumkan oleh pengerusi , Ahmad Zahid Hamidi, bahawa mereka akan diberi jawatan dalam kabinet jika menyokong presiden itu.

“Kalau sudah tahu ditipu kenapa tidak lari. Kenapa terus hulur tengkuk? Itu membuktikan Sarvanan sebenarnya mengugut. Nampak garang tetapi penakut.

“Kenapa takut. Kerana MIC hanya ada satu MP. Tidak cukup kuat untuk lari atau tarik sokongan. Dia takut, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran,” kata Puad dalam satu hantaran di Facebook.

Lebih baik kekal dalam

Pemimpin Umno itu juga menasihatkan Saravanan supaya MIC terus kekal dalam BN.

“Mengugut dengan bargaining power (kuasa tawar-menawar ) yang lemah tidak berkesan. 1 kerusi Tapah tidak cukup kuat untuk MIC. Lebih baik MIC kekal dalam BN,” katanya.

Kira-kira sejam kemudian, Saravanan membalas komen Puad di ruangan komen hantaran itu, dengan menyindir speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu sebagai “baru sedar dari tidur”.

9116d78c3264fafe13e9c0fc61770971

Katanya, Puad hanya memberi respons empat hari selepas temu bual itu diterbitkan, dan selepas Zahid sendiri sudah pun menjawab isu berkenaan.

“Kamu fikir ada orang ambil kisah tentang komen kamu? Hanya cybertrooper kamu sahaja yang sokong.

You tak sedar ke parti you pun orang Melayu tolak, semua kawasan Melayu PN menang,” kata Saravanan.



Source link