Malaysia Oversight

Izzat Shameer, Sin Li Jane  dinobat Olahragawan, Olahragawati Perak

By Utusan in July 31, 2025 – Reading time 2 minute
Izzat Shameer, Sin Li Jane  dinobat Olahragawan, Olahragawati Perak


IPOH: Wira boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple dan jaguh tenpin boling negara, Sin Li Jane masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Perak 2023/2024.

Kedua-dua Izzat Shameer, 43, dan Li Jane, 33, meraih hadiah wang tunai RM7,000, blazer anugerah serta piala bagi kategori masing-masing.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada dua atlet tersebut dalam majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 2023/2024 di sini malam ini.

Turut berkenan berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Pada September 2024, Izzat Shameer mengharumkan nama Malaysia apabila berstatus pemain nombor satu ranking dunia apabila meraih emas acara perseorangan Kejohanan Boling Padang Asia 2024, dan Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.

Li Jane pula memenangi empat kejuaraan di siri Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) Amerika Syarikat dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahun 2024.

Sementara itu, Low Jeng Yih daripada sukan bola tampar pantai dan atlet renang, Joelle Chan Zu-Ee masing-masing menerima anugerah Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan dengan membawa pulang piala dan insentif RM3,000.

Anugerah lain ialah Pasukan Terbaik yang dimenangi oleh pasukan sepak takraw, Perak Bison manakala anugerah Khas Persatuan Sukan diterima oleh Persatuan Golf Negeri Perak.

Dua atlet para sukan berbasikal, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Nur Suraiya Muhammad Zamri masing-masing merangkul Anugerah Atlet Terbaik Para Lelaki dan Wanita dengan menerima insentif RM7,000 berserta piala.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika menyampaikan sembah ucapan berkata, Perak menjadi antara negeri yang tidak pernah gagal menyumbang kepada pembangunan sukan tanah air.

Beliau menyebut beberapa atlet dari Perak antaranya ratu terjun negara Leong Mun Yee; Azlan Misron (hoki); Marbawi Sulaiman (memanah); Lakanathan (karate) dan Koo Kean Kiat daripada sukan badminton. – UTUSAN





Source link

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

RIYADH: Pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka menebus kekecewaan di final Terbuka Perancis apabila menewaskan bintang muda Amerika Syarikat (AS), Coco…
Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

PORTIMAO: Alex Marquez mengakui boleh dia kini boleh berlumba dengan bebas dan berani mengambil risiko pada Grand Prix (GP) Portugal…
affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…
Emma mahu lunas dendam di final

Emma mahu lunas dendam di final

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji bertekad menjadikan pentas akhir acara perseorangan wanita Kejohanan Piala Dunia Boling…
CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib…