Malaysia Oversight

Kes kematian Zara Qairina keutamaan KPM, kata Fadhlina

By MkiniBM in July 30, 2025 – Reading time 1 minute
Kes kematian Zara Qairina keutamaan KPM, kata Fadhlina


Kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir menjadi antara keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) ketika ini, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Fadhlina memberi jaminan siasatan yang telus dilaksanakan bagi memastikan kes berkenaan benar-benar mendapat keadilan.

“Kita (KPM) menyerahkan sepenuhnya dan memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jadi, untuk isu ini semua soal dalam aspek memberikan bantuan dalam siasatan, kita beri tumpuan penuh…kita juga perlu berlaku adil dengan memastikan kesejahteraan warga sekolah,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

e5666da3bb0c614efad7bca741724b41
Fadhlina Sidek

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah, 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada empat pagi, 16 Julai.

Sementara itu, Fadhlina berkata pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bertujuan  mewajibkan pendidikan menengah yang diluluskan Dewan Rakyat malam ini antaranya bagi memastikan ibu bapa mengambil tanggungjawab bersama dalam soal pendidikan anak-anak mereka.

Dia berkata KPM komited dalam memastikan anak-anak tetap bersekolah walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk masalah kemiskinan.

“Kita telah menyelaraskan bantuan di peringkat KPM untuk memastikan anak-anak kita ini mendapat bantuan yang sewajarnya baik dari segi soal biasiswa dan soal yang terkait rapat dengan bantuan persekolahan lain seperti uniform dan sebagainya,” katanya.

Persidangan bersambung esok.

-Bernama



Source link