Malaysia Oversight

Kementerian wajib main lagu tema HKHM 2025

By TheSun in July 30, 2025 – Reading time 1 minute
Kementerian wajib main lagu tema HKHM 2025


: Semua kementerian, agensi dan pejabat diwajibkan memainkan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 bertajuk “Malaysia MADANI Rakyat Disantuni”. Menteri Komunikasi Datuk Fadzil berkata langkah itu sebagai usaha bersama untuk menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan.

Beliau yang jurucakap MADANI berkata lagu berirama Malaysia ciptaan Datuk Mokhzani Ismail serta gubahan muzik oleh komposer muda Affan Mazlan, dinyanyikan biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat catchy, merdu dan sedap didengar.

“Saya rasa lagu tema tahun ini sangat-sangat magical, benar-benar luar biasa. Lagu ini juga mendapat perhatian dan pujian daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim sendiri, yang menyatakan bahawa lagu ini ‘sangat-sangat best’,“ katanya pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Lagu tema HKHM 2025 itu diperkenalkan secara rasmi buat kali pertama pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor, Ahad lepas.

Selain itu, berkata fokus utama Kementerian Komunikasi ketika ini adalah untuk memastikan semua aspek persiapan sambutan HKHM berjalan lancar termasuk daripada segi aktiviti lapangan, keselamatan, penyiaran dan persembahan rasmi.

Beliau menyeru agar warga Kementerian Komunikasi dan agensi di bawahnya untuk menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan dengan memainkan peranan komunikasi efektif. – Bernama



Source link