Malaysia Oversight

Gempa bumi kuat di Rusia tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

By MkiniBM in July 30, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 7.24 pagi ini waktu Malaysia berlaku pada jarak 107 kilometer (km) Tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42 km.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bermagnitud 8.7 itu berlaku 126 km ke timur-tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky.

Media antarabangsa melaporkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu antaranya Jepun, Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia.

– Bernama



Source link