Malaysia Oversight

Muaythai Melaka sasar satu emas SUKMA XXII Selangor 2026 

By Utusan in July 29, 2025 – Reading time 2 minute
Muaythai Melaka sasar satu emas SUKMA XXII Selangor 2026 


MELAKA: Persatuan Muaythai Melaka (PMNM) menyasarkan satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos tahun depan.

Jurulatihnya, Md. Zawawi Ibrahim berkata, sasaran yang diletakan itu adalah realistik selepas SUKMA Sarawak XXI 2024 pasukan itu hanya menyumbang dua pingat perak.

Menurutnya, sasaran satu emas itu disandarkan menerusi Mohd. Hadif Hazim Hassan, 17, yang memenangi pingat emas kategori 80-85 kilogram (kg) pada Kejohanan Muaythai Sukan Tempur Kebangsaan (Pra-SUKMA) & Kejohanan Muaythai Grand Prix Kebangsaan 2025 berakhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Beliau berkata, pencapaian skuad Muaythai Melaka di kejohanan dua hari lalu itu disifatkan yang terbaik setakat ini meraih 13 pingat apabila menang enam emas, dua perak dan lima gangsa sekali gus membuktikan mereka kini mampu menjelmakan emas pada temasya SUKMA di nanti.

“Kejohanan Pra-SUKMA Ahad lalu sebenarnya menjadi medan pendedahan terbaik untuk atlet negeri mengasah bakat sebagai persediaan menghadapi kejohanan SUKMA di tahun depan.

“Melihat prestasi kesemua atlet yang bertanding serta meraih enam emas, dua perak dan lima gangsa membuktikan skuad muaythai Melaka mampu menjelmakan emas di Selangor yang menjadi sasaran utama.

“Di Selangor kita sasarkan satu emas namun tidak mustahil untuk menambah pingat itu walaupun menyedari kehebatan Sabah dan Sarawak yang mendominasi di Axiata Arena dua hari lalu,” ujarnya kepada pemberita di Pusat Latihan PMNM di Ayer Keroh di sini hari ini.

Md. Zawawi berkata, buat pertama kali PMNM akan menyertai acara Wai Kru individu Wanita dan sukan tempur berpasukan lelaki dan Wanita di Selangor tahun depan.

Menurutnya, 14 atlet akan dipilih dalam masa terdekat iaitu tujuh Wanita dan tujuh lelaki bertanding dalam kategori individu yang ditetapkan penganjur SUKMA di Selangor.

“Pemilihan ini turut mengambil kira persembahan atlet di Pra-SUKMA dan Kejohanan Muay Thai Grand Prix Kebangsaan sebelum kita muktamad senarai terakhir untuk diserahkan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka,” ujarnya. – UTUSAN





Source link

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

RIYADH: Pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka menebus kekecewaan di final Terbuka Perancis apabila menewaskan bintang muda Amerika Syarikat (AS), Coco…
Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

PORTIMAO: Alex Marquez mengakui boleh dia kini boleh berlumba dengan bebas dan berani mengambil risiko pada Grand Prix (GP) Portugal…
affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…
Emma mahu lunas dendam di final

Emma mahu lunas dendam di final

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji bertekad menjadikan pentas akhir acara perseorangan wanita Kejohanan Piala Dunia Boling…
CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib…