Malaysia Oversight

SPRM serah polis siasat komplot jatuhkan kerajaan

By Utusan in February 28, 2026 – Reading time 2 minute


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan dengan menyasarkan tekanan kepada Perdana Menteri serta agensi itu.

Ditanya adakah ia terkait dengan kes yang sedang disiasat SPRM, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.

“Saya serah kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci, telus dan profesional. Pada saya, bila bercakap tentang kedaulatan negara ia adalah satu isu serius yang perlu disiasat sedalam-dalamnya.

“Apa-apa siasatan yang dijalankan kepada sesiapa merupakan tanggungjawab SPRM berdasarkan maklumat dan aduan diterima,” katanya hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, PDRM menyiasat seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan .

Katanya, ia susulan laporan polis yang telah diterima pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan, sebarang perancangan yang berunsur menggugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara merupakan perkara yang menyentuh asas sistem demokrasi berparlimen.

Katanya, siasatan hendaklah dijalankan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan.

AGC berkata, pihaknya memandang serius dakwaan wujudnya cubaan untuk menjatuhkan serta mengganggu kestabilan negara. – UTUSAN





Source link