Malaysia Oversight

Lelaki warga emas cedera diserang gajah di Mersing

By TheSun in July 29, 2025 – Reading time 1 minute
Lelaki warga emas cedera diserang gajah di Mersing


MERSING: Seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan di bahagian telinga selepas diserang seekor gajah liar di hadapan rumahnya di Kampung Wak Salam pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Abdul Razak Abdullah Sani, berkata kejadian berlaku ketika mangsa berusia 64 tahun itu dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat subuh.

“Mangsa terjatuh akibat serangan gajah tersebut dan kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Kecederaannya tidak serius,“ jelasnya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, polis belum menerima sebarang laporan rasmi berkenaan kejadian itu. – Bernama



Source link