Malaysia Oversight

Mahkamah Agung Amerika Memutuskan Tarif Trump Tidak Sah – Trump Umum Tarif Baharu 10%

By Amanz in February 21, 2026 – Reading time 1 minute
Mahkamah Agung Amerika Memutuskan Tarif Trump Tidak Sah – Trump Umum Tarif Baharu 10%


Mahkamah Agung Amerika Memutuskan Tarif Tidak Sah – Umum Tarif Baharu 10%

February 21, 2026
Kewangan

Effi Saharudin

Mahkamah Agung Ameria Syarikat memutuskan bahawa “Tarif Trump” yang diumumkan Presiden tahun lalu adalah tidak sah. Ketua Hakim John Roberts menegaskan bahawa akta IEEPA (1977) yang digunakan Trump tidak memberi kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif. Mahkamah menyatakan tiada bukti wujudnya “darurat ekonomi” yang membolehkan penggunaan IEEPA.

TArif Amerika

Trump menggunakan IEEPA untuk mengenakan tarif berbalik kepada semua negara secara satu sejak 2 April 2025 dengan Malaysia pada awalnya dikenakan tarif 24% sebelum dikurangkan ke 19% selepas beliau menghadiri persidangan kemuncak ASEAN pada Oktober lalu. Sejak Tarif Trump diperkenalkan, A.S mengambil $175 bilion yang kini perlu dipulangkan semula.

Sejurus selepas Mahkamah Agung memberikan keputusan, Presiden Trump berkata ia adalah keputusan yang mengecewakan. Beliau sekali lagi mengatakan tarif adalah penting untuk keselamatan negara dan ekonomi sebelum mengumumkan tarif global baharu 10% menggunakan arahan Presiden yang berkuatkuasa serta merta.

Sejak Tarif Trump diumumkan, ia mendatangkan impak besar ke atas ekonomi dunia. Saham syarikat teknologi utama turun mendadak dan negara yang bergantung kepada export ke Amerika Syarikat seperti Malaysia yang paling teruk terjejas.



Source link