Malaysia Oversight

Google Chrome Kini Menambah Ciri “Split View” – Layari Dua Tab Secara Bersebelahan

By Amanz in February 20, 2026 – Reading time 1 minute
Google Chrome Kini Menambah Ciri “Split View” – Layari Dua Tab Secara Bersebelahan


Google Chrome Kini Menambah Ciri “Split View” – Layari Dua Tab Secara Bersebelahan

February 20, 2026
Google
Perisian

Aman

Google Chrome hari ini memperkenalkan sebuah ciri baharu kepada umum, dinamakan “Split View”. Untuk makluman, ciri ini telah ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini ia dilihat diumumkan secara rasminya.

Chrome Split View

Melalui fungsi Split View, pengguna boleh melayari dua tab secara bersebelahan. Ini sekaligus memudahkan lagi rujukan atau ketika melakukan sebarang penyuntingan atau kerja. Ciri ini juga menjimatkan masa berbanding keperluan membuka dua tab berasingan dan menukarnya kerap kali.

Untuk membuka sesuatu laman web dalam “Split View”, anda hanya perlu klik kanan pada sebarang pautan, dan memilih buka dengan “Split View” atau “Paparan Pisah”. Bagi anda yang menggunakan Chrome, boleh mengemaskini pelayar web anda, dan menggunakan ciri Split View ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link