Malaysia Oversight

Jangan jadikan agenda antirasuah senjata politik, alat ugutan

By MkiniBM in February 19, 2026 – Reading time 2 minute
Jangan jadikan agenda antirasuah senjata politik, alat ugutan


Angkatan Belia Malaysia (Abim) memberi amaran keras agar agenda memerangi rasuah tidak diselewengkan menjadi senjata politik atau alat ugutan untuk mengekalkan kuasa.

Presidennya, Ahmad Mohd Samsudin, menegaskan bahawa rakyat kini mula merasa resah dan keliru apabila isu rasuah seolah-olah dipersembahkan dalam bentuk retorik dan perang propaganda semata-mata.

3be94faf3a42b7d20d6d197e5525acdb
Ahmad Mohd Samsudin

“Rakyat tidak akan percaya kepada perang antirasuah jika tindakan dilihat selektif, tidak konsisten, atau berubah mengikut musim politik.

“Keadilan yang hanya tegas kepada musuh tetapi lunak kepada rakan bukan ‘reform’ dalam erti kata sebenar. Ia adalah pengkhianatan terhadap prinsip keadilan dan pencabulan terhadap kepercayaan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

‘Bukan dipimpin melalui ketakutan’

Mengulas lanjut, Ahmad menggesa dan semua pihak agar menghentikan budaya menggunakan kes rasuah sebagai bahan tawar-menawar politik atau alat untuk menutup kelemahan tadbir urus.

Tegasnya, sesebuah negara tidak seharusnya dipimpin melalui “permainan fail” atau penyebaran tangkap layar yang bertujuan mencetuskan ketakutan.

“Negara tidak boleh dipimpin melalui ketakutan dan permainan fail, dokumen mahupun tangkap layar. Negara mesti dipimpin melalui undang-undang, ketelusan, dan integriti institusi.

24f677724ebaab711e4cd59ef1d0887f

“Abim menuntut agar agenda anti rasuah dipulihkan kepada landasan sebenar melalui reformasi institusi yang jelas, berani, dan boleh diukur, katanya.

Antara langkah yang digesa oleh pertubuhan belia itu termasuklah:

‘Lemah pada pelaksanaan’

Abim turut mengingatkan bahawa “hipokrasi politik” tidak boleh dijadikan alasan untuk rakyat berputus asa dalam isu rasuah.

Namun, juga , kata Ahmad Fahmi tidak boleh mengharapkan sokongan berterusan jika hanya sekadar “gah” di pentas ucapan.

6d6e48c2d97972b08f558367d0aba39f

“Kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat terus percaya jika agenda reformasi hanya kuat pada ucapan tetapi lemah pada pelaksanaan.

“Rakyat menilai melalui tindakan, bukan semata kepada slogan,” katanya.

Sempena Ramadan, Abim turut menyeru para pemimpin agar kembali kepada nilai takwa dan menghentikan politik bermusim yang hanya mengorbankan kepercayaan rakyat demi kepentingan peribadi.



Source link