Malaysia Oversight

Aaron-Wooi Yik tempah slot final Terbuka China

By Utusan in July 27, 2025 – Reading time 2 minute
Aaron-Wooi Yik tempah slot final Terbuka China


PETALING JAYA: Beregu badminton lelaki No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tempat ke perlawanan akhir buat kali keenam pada kejohanan berstatus Super 1,000 selepas mengetepikan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di separuh akhir Terbuka , Jiangsu, , hari ini.

Gandingan No. 1 Malaysia itu melakar kemenangan straight set 21-13, 21-17 ke atas beregu No. 12 dunia tersebut dalam masa 42 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik dekat Changzhou.

Kejayaan tersebut juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik semakin melebarkan rekod pertemuan ke atas Rankireddy-Shetty yang merupakan bekas pasangan No. 1 dunia kepada 11-3.

Pada perlawanan akhir, esok, mereka bakal berdepan beregu eksperimen Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang menewaskan wakil tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-19, 21-17 dalam masa 37 minit.

Apa yang lebih menarik, perlawanan akhir membabitkan beregu lelaki merupakan satu-satunya aksi yang tidak membabitkan wakil , selepas kesemua kategori lain menyaksikan dominasi tuan rumah yang bertembung sesama sendiri.

Tiada rekod pertemuan tercatat antara Aaron-Wooi Yik menentang Fajar-Fikri memandangkan beregu Indonesia itu baru sahaja dipasangkan untuk menguji keserasian mereka berdua.

Sepanjang kejohanan, Fajar-Fikri mempamerkan prestasi cemerlang termasuk mencipta kejutan ke atas beregu No. 1 dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan di suku akhir.

Justeru, bagi memastikan impian untuk menjulang gelaran sulung pada Super 1,000 dapat direalitikan dan sekali gus melengkapkan koleksi kemenangan dalam Jelajah Dunia, Aaron-Wooi Yik perlu berhati-hati berdepan Fajar-Fikri.

Wooi Yik ketika ditemu bual oleh wakil BWF selepas perlawanan berakhir berkata, tidak mudah berdepan Fajar-Fikri lebih-lebih lagi mereka merupakan beregu yang dipecah ganding.

“Kami kena bermain berhabis-habisan, saya rasa jurulatih kami juga ada perancangan untuk kami, esok.

“Sama ada kami menang atau kalah, itu bukan menjadi persoalannya kerana apa yang lebih penting ialah kami perlu bermain dengan baik,” katanya.

Bagi Aaron pula yang berpendapat kedua-dua beregu mempunyai perancangan permainan yang sama dan aksi yang lebih konsiten serta berani dalam memburu kemenangan menjadi kunci kepada perlawanan akhir, esok. – UTUSAN





Source link

affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…
Emma mahu lunas dendam di final

Emma mahu lunas dendam di final

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji bertekad menjadikan pentas akhir acara perseorangan wanita Kejohanan Piala Dunia Boling…
CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib…
Kempen Beli Barangan Malaysia diperluas ke platform e-dagang

Kempen Beli Barangan Malaysia diperluas ke platform e-dagang

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggiatkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui kerjasama dengan…
Pang Ron-Su Yin kembali cari ‘rentak juara’ di Jepun

Pang Ron-Su Yin kembali cari ‘rentak juara’ di Jepun

KUALA LUMPUR: Selepas berehat hampir dua bulan akibat kecederaan, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin kembali ke gelanggang…