Malaysia Oversight

Wanita N. Sembilan diberi ruang sebagai pemimpin

By TheSun in July 26, 2025 – Reading time 1 minute
Wanita N. Sembilan diberi ruang sebagai pemimpin


SEREMBAN: Negeri Sembilan sentiasa memberi ruang kepada golongan wanita untuk memegang jawatan strategik, sama ada di peringkat kampung, pihak berkuasa tempatan, sektor awam mahupun pentadbiran negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata wanita perlu menjadi suara yang prihatin dalam isu pendidikan, kesihatan, perumahan, dan alam sekitar. “Kepimpinan wanita membawa dimensi empati, ketelusan, dan ketekunan dalam tadbir urus,“ katanya semasa merasmikan pelancaran Wanita MADANI Inspirasi Negeri Sembilan (WADANI).

Beliau menekankan peranan wanita sebagai pendidik utama dalam keluarga dan masyarakat. “Mereka bukan sekadar penyokong, tetapi perlu diangkat sebagai pemimpin yang aktif membawa perubahan,“ jelasnya.

Aminuddin turut menyeru WADANI untuk memperkasa wanita sebagai penggerak sosial dan aktivis komuniti. “Program ini harus membina kemahiran komunikasi dan empati supaya wanita mampu menyampaikan mesej dengan berkesan serta memahami isu masyarakat secara mendalam,“ katanya.

Beliau berharap WADANI dapat menjadi platform memartabatkan wanita sebagai pemimpin yang mendorong perubahan sosial, memperkukuh keluarga, dan memacu ekonomi komuniti. “Wanita Negeri Sembilan harus menjadi benteng moral dalam menghadapi cabaran semasa,“ tegasnya. – Bernama



Source link