Malaysia Oversight

Penganjur demo Turun Anwar dakwa polis halang bina pentas

By MkiniBM in July 26, 2025 – Reading time 2 minute
Penganjur demo Turun Anwar dakwa polis halang bina pentas


Perhimpunan ‘Turun ‘ yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) bermula petang ini di ibu negara.

Sejak pagi, peserta berkumpul di empat lokasi sekitar pusat bandar sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka bagi menuntut Perdana Menteri, Ibrahim, meletakkan jawatan.

Polis menganggarkan kehadiran peserta dijangka mencecah antara 10,000 hingga 15,000 orang. Namun begitu, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin mendakwa sejuta orang akan menyertai perhimpunan itu.

Antara pemimpin pembangkang utama yang dijangka hadir dan menyampaikan ucapan ialah bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi PN, Yassin, serta Presiden , Abdul Hadi Awang.

Polis sebelum ini memberi jaminan akan bertindak sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan berlangsung dengan lancar dan selamat, termasuk menambah anggota bagi menjaga keselamatan dan memastikan kelancaran pengangkutan awam.

Pasukan Malaysiakini yang membuat liputan secara langsung terdiri daripada wartawan Hariz Mohd, Qistina Nadia Dzulqarnain, B Nantha Kumar, Tan Fu Qi, Annessa Tan dan Firdaus Hanafiah.


Makan dulu…

11.35 pagi – Jalan Cenderasari (belakang Masjid Negara) – Lebih 50 peserta himpunan dilihat sedang menjamu selera di gerai-gerai berhampiran Masjid Negara sebelum perhimpunan bermula.

Pihak polis mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Tugu yang menghala ke Dataran Merdeka.

Seorang penunjuk perasaan berpakaian t-shirt hitam ‘Turun ‘ dilihat membawa mi sup dari salah sebuah gerai sambil tersenyum, berjalan ke arah meja peserta lain yang sedang menikmati hidangan mereka.

Sementara itu, kelihatan sekumpulan penunjuk perasaan sedang mempromosikan kemeja-t perhimpunan dan barangan cenderahati.

94e196e5b37b660ed013fdec1341ed39

Anggota polis berkawal di beberapa lokasi

11.15am: Kuala Lumpur – Pasukan polis dan anggota keselamatan dilihat bersiap sedia di beberapa lokasi perhimpunan termasuk di Sogo dan Pasar Seni.

Menurut laporan Berita Harian, trak-trak polis turut dilihat diparkir di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebagai persediaan menghadapi perarakan dan himpunan yang dijadualkan petang ini.

cdce5f4f0741a51bd81937f6ab33017e

Dalam perkembangan lain, menghimpunkan sukarelawan Unit Amal berhampiran Masjid Jamek.

Turut kelihatan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek ialah pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menyediakan ambulans sekiranya berlaku sebarang insiden.


Penganjur dakwa pihak berkuasa halang dirikan pentas

11am – Dataran Merdeka: Penganjur perhimpunan mendakwa mereka dihalang pihak berkuasa apabila diarahkan untuk membuka semula pentas yang telah didirikan di Dataran Merdeka.

53d3d9ebc94cc575d8446401ee1a15b9

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi, Lanjnah Penerangan Pusat, Nurul Mohamed Yusoff, dalam satu hantaran di Facebook berkata arahan tersebut dikeluarkan walaupun polis sebelum itu memberikan kebenaran untuk mereka mendirikan pentas berkenaan.

“Petugas kita dari pukul 3 pagi hingga subuh bersusah payah setup pentas.

“Pagi ni tiba-tiba orang yang sama datang suruh buka pentas dan ugut nak sita pula,” katanya.

Nurul turut berkongsi video yang menunjukkan anggota Unit Amal PAS sedang menanggalkan struktur pentas sekitar jam 10 pagi.

“Jadi usaha Madanon untuk menggagalkan perhimpunan ini, Mungkin takutlah kot. Tapi tak apa kita patuh,” katanya.



Source link