Malaysia Oversight

ULASAN | Subsidi yang berat sebelah

By MkiniBM in July 26, 2025 – Reading time 3 minute
ULASAN | Subsidi yang berat sebelah


ULASAN | baru-baru ini mengumumkan pakej “bantuan rakyat” yang menelan belanja yang agak besar. Antaranya adalah pengurangan harga RON95, bantuan tunai RM100 kepada semua dewasa, peluasan program Jualan Rahmah, serta penangguhan kenaikan kadar tol.

Namun realitinya, ia bersifat berat sebelah, membazir dan tidak menangani secara mampan masalah sebenar rakyat di bawah.

Mari kita perincikan kenapa.

Pertama, subsidi minyak. kini menanggung subsidi petrol RON95 antara RM20 hingga RM23 bilion setahun, dan beberapa bulan lagi, harga RON95 akan diturunkan lagi.

Siapa yang paling untung? Bukan Mak Cik Kiah yang hanya guna motor kapcai atau kereta Kancil ke pasar, tetapi yang memandu kereta besar seperti Alphard, mengisi penuh tangki dua kali seminggu, dan mengaut manfaat berlipat kali ganda lebih besar.

Data menunjukkan satu perlima daripada isi rumah B40 tidak memiliki kenderaan langsung (berbanding 100 peratus golongan T20 yang mempunyai kereta). Mereka ini tidak mendapat manfaat walau satu sen pun, namun tetap membayar cukai yang membiayai subsidi berkenaan.

Apabila harga minyak diturunkan 6 sen, sebenarnya akan menambah lagi RM2 bilion hingga RM3 bilion subsidi yang terus mengalir ke dalam tangki kenderaan T20 dan M40 berpendapatan tinggi.

Secara purata, T20 akan menikmati tambahan subsidi minyak hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding B40. Justeru, keputusan tadi hanya akan lebih menguntungkan orang kaya.

Ini keputusan yang tak masuk akal.

Kedua, bantuan RM100 untuk semua. Langkah memberi RM100 kepada semua orang dewasa melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara) menelan kos RM2 bilion.

Wajar ke tempat yang betul

Benar, nilai RM100 ini amat bermakna kepada yang memerlukan dan ia tidak boleh kita nafikan. Mungkin juga pembuat dasar mahukan semua orang – tanpa mengira tahap pendapatan –mendapat manfaat bantuan tunai ini.

Namun, di mana rasionalnya apabila menteri, ahli korporat, jutawan juga mendapat jumlah yang sama dengan yang di bawah? Adakah ini adil?

Tambahan pula keadaan kewangan negara bukannya baik. Kita sudahpun berhutang hampir RM1.6 trilion, jadi kenapa masih ingin memberi duit yang kita tidak ada kepada yang berkemampuan?

Bukankah ini satu pembaziran yang nyata?

Lagipun, dengan keadan ekonomi dijangka lembap tahun ini. Kadar hutang negara mungkin tidak dapat mencapai sasaran 60 peratus matlamat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (Public Finance and Fiscal Responsibility Act atau FRA).

Peruntukan lebih kurang RM5 bilion lebih wajar disalurkan ke tempat yang betul. Lebih baik ditambahkan bantuan kepada golongan bawah berbanding diberikan kepada yang tidak memerlukan.

d26238be568e6188376d2dcc46c9a6ff
Gambar hiasan

Tetapi sebaliknya RM100 diagih secara one-size-fits-all seolah-olah beban hidup rakyat boleh diselesaikan dengan satu lawatan ke pasar raya.

Sebagai contoh, program Sara tahun ini menyalurkan RM100 sebulan kepada 5.4 juta keluarga dan individu. Namun, jika peruntukan bantuan pukul rata RM2 bilion yang baru diumumkan semuanya disalurkan hanya kepada penerima Sara sedia ada, mereka akan menerima tambahan bantuan sebanyak hampir RM400, bukannya RM100.

Bukankah ini lebih afdal dan Madani?

Selain itu, peruntukan tambahan RM2 bilion ke RM3 bilion tambahan subsidi minyak ini juga lebih baik dibelanjakan kepada orang miskin. Setakat 15 Julai lalu, terdapat sekitar 300,000 keluarga miskin berdaftar dengan kerajaan.

Jangan belanja tak berhemah

Jika kerajaan lebih waras dan menyalurkan semuanya kepada seluruh keluarga miskin terbabit, mereka akan menerima sekurang-kurangya RM1,600 dan bukan secara one-off.

Malah mereka boleh menerimanya secara bulanan bermula Sept sehingga Dis depan.

Jelas, pengumuman itu bukanlah cara paling baik untuk membelanjakan lebih kurang RM5 bilion hingga RM6 bilion duit rakyat, dan untuk mengembangkan ekonomi jangka panjang.

Jika benar kerajaan mahu membantu rakyat — tamatkan subsidi minyak pukal dengan cara yang sistematik. Jangan beri bantuan tunai secara pukul rata. Sebaliknya, salurkan semula dana berkenaan untuk meningkatkan bantuan bagi rakyat di bawah dengan jujur.

Macam-macam boleh dilakukan dengan dana yang sebesar itu. Boleh dilaburkan penjimatan tersebut ke dalam sarapan percuma di sekolah rendah dan subsidi pengangkutan awam bagi pekerja berpendapatan rendah, ataupun untuk membina hospital.

18c111a9458c2c723bcae545f77f2239

Jika tidak pun, naikkan gaji polis, askar, guru, maupun jururawat. Ia lebih baik daripada memberi kepada yang kaya.

Dalam erti kata lain, banyak yang boleh kita lakukan dengan dana sebesar itu. Janganlah kita bazirkan cukai negara mahupun pertumbuhan ekonomi masa depan dengan berbelanja tidak berhemah.

Kita perlukan kerajaan yang adil dan memihak kepada rakyat. Jika subsidi terus diberikan kepada orang yang tidak memerlukan, ini bukan keadilan sosial.


MUHAMMED ABDUL KHALID ialah ahli ekonomi yang pernah menjadi perunding kepada beberapa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan pembangunan ekonomi.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link