Malaysia Oversight

Himpunan esok: PM tak berdebar, yang berdebar PAS

By MkiniBM in July 25, 2025 – Reading time 2 minute
Himpunan esok: PM tak berdebar, yang berdebar PAS


Menjelang himpunan Turun Anwar di tengah ibu kota esok, ahli Majlis Kerja Tertinggi Mohd Puad Zarkashi melontarkan sindiran terhadap yang didakwa sedang berdebar-debar menanti detik tersebut.

Debaran , katanya, bukanlah kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan turun atau tidak selepas himpunan tersebut berakhir.

Sebaliknya dakwa Mohd Puad, mengenai jumlah sebenar kehadiran peserta himpunan tersebut.

“Esok perhimpunan Turun Anwar’ kan berlangsung. Mesti ada yang berdebar-debar. Apa natijahnya?

berdebar-debar bukan kerana Anwar akan turun atau tidak. Tetapi apakah sasaran kehadiran 500,000 orang akan tercapai,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Rengit di Johor itu lagi, pada umumnya jumlah kehadiran sesuatu himpunan seperti itu banyak bergantung kepada penyertaan ahli PAS.

2ef58a3cd50dd0c08eea1f7e56fc0c65

Justeru, dakwanya, PAS lebih memberi fokus kepada jumlah kehadiran peserta demonstrasi berkenaan.

“Maruah PAS terjejas jika jumlah kehadiran 500,000 tidak tercapai,” katanya.

Terdahulu seorang ahli parlimen PN menyatakan keyakinannya bahawa himpunan Turun Anwar esok akan menjadi “ibu segala perhimpunan”.

Walaupun pihak polis menganggarkan kehadiran seramai antara 10,000 hingga 15,000 orang, Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, bagaimanapun meramalkan jumlah lebih tinggi.

Mahathir, jadi ‘loser’

Mengikut bacaan pemimpin PAS itu, himpunan tersebut bakal mengumpulkan antara 300,000 hingga 500,000 orang — cukup untuk memenuhi beberapa stadium dan melimpah ke jalan raya pada hari Sabtu ini.

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, pula semalam memberitahu peserta himpunan tersebut boleh mencecah sehingga sejuta orang berdasarkan “seribu isu” yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.

Mohd Puad berkata, dalam mendepani himpunan itu Anwar sebalikya pasti tidak berdebar-debar seperti PAS.

Hal itu kerana, dakwa Mohd Puad, Anwar sendiri pernah mengadakan pelbagai demonstrasi termasuk Undur Mahathir pada 1998 namun ternyata ahli politik terbabit – yang menjadi perdana menteri ketika itu – tidak berjaya diturunkan pun.

“Hatta Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004, tetap menang majoriti dua per tiga,” katanya.

Dia yang juga Speaker DUN Johor turut menegaskan perhimpunan anjuran PAS esok hanya akan lebih berkesan sekiranya turut disertai seperti yang pernah berlaku pada 2018.

Merujuk protes menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) pada 2018, Mohd Puad berkata, PH ketika itu akhirnya akur kepada tuntutan tersebut.

“Perhimpunan esok, the loser ialah Tun M (Mahathir) dan Yassin. Anwar tidak turun turun.

“Nak tunggu PRU ke-16, terlalu lambat untuk mereka berdua. Semoga kita semua panjang umur hingga PRU ke-16,” katanya.



Source link