Google Try On Dilancarkan – Membolehkan Baju “Dipakai” Sebelum Dibeli Di Atas Talian
July 25, 2025
•
Effi Saharudin
Di Google I/O Mei lalu, Google Try On diperlihatkan kepada umum. Ciri ini membolehkan pakaian yang ingin dibeli secara atas talian “dipakai” pada tubuh pembeli terlebih dahulu menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI). Selepas diuji selama dua bulan menerusi Search Labs, Try On akan dilancarkan pada musim luruh ini untuk pengguna di Amerika Syarikat.

Apabila anda menemukan pakaian yang ingin dicuba di Google Search, tekan butang Try In On untuk ia dipakaikan pada gambar anda yang telah dimuat naik. Ini boleh diakses menerusi carian Google Images ataupun tab Shopping di Search.
Pengguna perlu memuat naik gambar tubuh sepenuhnya terlebih dahulu dan AI akan kemudian memakaikan baju yang ingin dicuba pada gambar. Proses akan mengambil masa beberapa saat seperti menyunting gambar dalam Google Photos.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.