Malaysia Oversight

Petik Konfusius, kumpulan Beng Hock tak sertai demo anti-Anwar

By MkiniBM in July 25, 2025 – Reading time 2 minute
Petik Konfusius, kumpulan Beng Hock tak sertai demo anti-Anwar


Keluarga Teoh Beng Hock tidak akan menghadiri protes “anti-” di Kuala Lumpur, Sabtu ini, meskipun mereka secara terbuka mengkritik pimpinan Perdana Menteri Ibrahim.  

Ketika dihubungi Malaysiakini, adik perempuan Beng Hock, Lee Lan, mengesahkan dia tidak akan menyertai demonstrasi anjuran dan Perikatan Nasional (PN) itu.  

163dea93197fc5f21bc7d055737e517a
Lee Lan

Ng Yap Hwa, pengerusi Persatuan Kemajuan Demokrasi Teoh Beng Hock (TBH-ADA) pula memetik kata-kata daripada kitab Kata-kata Konfusius untuk menjelaskan pendirian mereka.  

“Mereka yang berbeza haluan tidak boleh merancang bersama,” katanya.

“Kami tidak akan bersama dengan kekuatan politik yang mempunyai prinsip berbeza dan bermain politik perkauman.”  

Ng menambah bahawa TBH-ADA sentiasa komited untuk membina masyarakat Malaysia yang bebas dari penyiksaan, menghormati hak asasi manusia, serta menegakkan demokrasi dan inklusiviti.  

“Walaupun kami bertekad mencapai matlamat perjuangan kami, kami tidak akan menggunakan cara yang tidak beretika untuk mencapainya.  

“Kami akan terus berjuang berdasarkan prinsip dan ideal,” kata aktivis itu.  

Dalam catatan Facebook yang dimuat naik kemudian, Lee Lan mengesahkan pihaknyma menerima jemputan daripada penganjur untuk menghadiri protes pada Sabtu ini dan menegaskan mereka tidak turut serta.

Katanya Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyddin Yassin menganiaya keluarga Beng Hock selama lebih tiga tahun – iaitu semasa dia menjadi menteri dalam negeri dalam PH dan perdana menteri kemudiannya.

Justeru kata Lee Lan, “tidak masuk akal” untuk mereka datang bagi mendapatkan sokongan keluarga Beng Hock.

Buat masa ini, katanya lagi, polis terus menyiasat kematian Beng Hock sebagai bunuh diri dan bukannya kes bunuh, sementara mendakwa keluarga itu “terus mahukan lebih” selepas menerima pampasan.

“Kesakitan luka itu masih berlarutan, dan kemudaratan masih jelas dalam ingatan kami. Bagaimana mungkin seseorang tanpa segan silu melupakan semua itu dan tiba-tiba menjemput kami ke acara berkenaan?

bukan sahaja memfitnah keluarga Teoh sebagai tamak dengan mengabaikan fakta bahawa polis gagal menangkap pesalah selama 16 tahun, tetapi juga secara terang-terangan berbohong dengan mendakwa bahawa semua jalan perundangan dalam kes Teoh Beng Hock telah habisan – memaksa keluarga Beng Hock mendapatkan semakan kehakiman terhadap siasatan polis,” tulisnya.

5a00b195921bf66629e32378418d0403
Ng Yap Hwa

Pada 2009, Beng Hock, pembantu anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati selepas disoal siasat semalaman di pejabat SPRM yang ketika itu di Plaza Masalam, Shah Alam.  

Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pada 2011 menyimpulkan bahawa dia didorong untuk membunuh diri akibat soal siasat yang agresif. 

Namun, pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kematiannya disebabkan atau dipercepat oleh tindakan tidak sepatutnya, termasuk oleh pegawai SPRM.  

Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan polis menyelesaikan siasatan kematian Beng Hock dalam tempoh enam bulan.  

Namun, pada Mei lalu, Jabatan Peguam Negara mengklasifikasikan kes itu sebagai “tiada tindakan lanjut”.

Keluarga Beng Hock mengkritik , terutamanya dan DAP, kerana gagal menunaikan janji untuk memberikan keadilan kepada mereka.  

[Baca berita penuh]



Source link