Malaysia Oversight

Singapura Menawarkan Perkhidmatan Ekranoplan Ke Batam

By Amanz in February 6, 2026 – Reading time 1 minute
Singapura Menawarkan Perkhidmatan Ekranoplan Ke Batam


Singapura Menawarkan Perkhidmatan Ekranoplan Ke Batam

February 6, 2026
Aeronautik

Effi Saharudin

Ekranoplan dicipta di Kesatuan Soviet bagi tujuan ketenteraan. Dengan kemampuannya terapung di atas permukaan laut, ia dilihat sebagai platform melancarkan peluru berpandu yang dapat mengelak dikesan radar serta lebih pantas berbanding kapal. Beberapa percubaan menghidupkan semula program gagal tetapi Singapura kini akan menawarkan perkhidmatan ekranoplan membawa penumpang ke Pulau Batam.

AirFish Voyager Ekranoplan

Perkhidmatan feri terbang AirFish Voyager antara Singapura dan Batam bakal menjadi yang pertama di dunia. Ia boleh membawa 10 penumpang, terbang pada kelajuan 100 knot (185 km/j), jarak perjalanan sehingga 300 batu nautika (550km) dalam keadaan ombak sehingga ketinggian 1.25 m.

Ia bakal dikendalikan oleh BatamFast bermula H2 2026 dengan laluan dipilih bagi melihat kesesuaian operasi. Perjalanan antara jeti Tanaj Merah di Singapura ke Batam mengambil masa 30 minit berbanding 40 minit menggunakan feri biasa. Dalam sebuah temuramah dengan CNA, wakil BatamFast menyatakan mereka merancang untuk menawarkan perjalanan ke Pulau Tioman yang mengambil masa sekitar 3 jam.



Source link