Malaysia Oversight

Ikim gesa bersikap husnuzon, berhikmah

By MkiniBM in February 6, 2026 – Reading time 2 minute
Ikim gesa bersikap husnuzon, berhikmah


Institut Kefahaman Malaysia (Ikim) menasihatkan umat agar mengamalkan sikap bersangka baik (husnuzon) dan berhikmah berhubung penggunaan ungkapan suci seperti “Alhamdulillah” dan “Insya-Allah” oleh masyarakat bukan .

Ketua Pengarahnya, Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, meskipun ungkapan tersebut merupakan lafaz keimanan merujuk kepada pujian kepada Allah SWT, namun dari sudut bahasa dan adat, penggunaannya tidak terhad kepada orang Islam sahaja.

Menurut beliau, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, hukum penggunaan kalimah tersebut oleh bukan Islam sangat bergantung kepada niat dan konteks ia dilafazkan.

“Dalam masyarakat majmuk, hukum penggunaan kalimah ini oleh bukan Islam bergantung kepada konteks dan niat, selaras dengan kaedah fiqh: ‘Ukuran sesuatu lafaz adalah berdasarkan niat dan maknanya, bukan semata-mata lafaz.’

“Ia dibenarkan sekiranya digunakan dengan niat baik, beradab dan menghormati makna asal, tetapi tidak dibenarkan jika digunakan untuk memperolok atau menyalahgunakan makna kerana boleh merendahkan kesucian agama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

f4442687b690a17a60fd0854d80bae29

Memetik pandangan sarjana tersohor Yusuf al-Qardawi, Mohamed Azam menjelaskan bahawa lafaz pujian kepada Allah oleh bukan Islam tidak diharamkan selagi ia tidak membawa maksud pengakuan akidah Islam atau menghina agama.

“Para ulama Islam secara ijmak bersetuju bahawa penilaian hukum perlu mengambil kira niat, maksud, dan konteks masyarakat,” katanya.

Justeru, dia berkata, Ikim menasihatkan umat Islam mengamalkan sikap husnuzon (bersangka baik) dan berhikmah dalam isu ini.

“Nabi Muhammad SAW memahami dan mendoakan hidayah bagi bukan Muslim selagi ungkapan mereka tidak menghina atau menyalahi akidah.

64d43f8d6dc6281318b155759bdfe623

“Masyarakat bukan Islam juga perlu dididik memahami makna sebenar lafaz-lafaz ketuhanan. Pendekatan ini bukan sahaja menjaga kesucian lafaz Allah, malah adalah cara dakwah yang beradab, hikmah dan harmoni dalam kehidupan bermasyarakat.

“Pendekatan ini bukan sahaja menjaga kesucian lafaz Allah, malah merupakan cara dakwah yang beradab, hikmah, dan harmoni dalam kehidupan bermasyarakat,” ” tambahnya.

Polemik penggunaan istilah Islamik seperti “Insya- Allah”, “sujud syukur” dan “Alhamdulillah” tercetus apabila ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusoff menegur Perumahan dan Tempatan, Nga Kor Ming kerana menggunakan istilah-istilah berkenaan.

2a24e7929fd5c54723d58c4594c84896

Nga pada Rabu lalu, semasa sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat menggunakan istilah tersebut untuk menyatakan rasa syukurnya atas kejayaan kementeriannya dalam menghidupkan semula 40,000 unit “projek sakit” di bawah skim perumahan PR1MA di Bukit Katil, Melaka.

Ini mendorong ahli Parlimen Rantau Panjang itu bangun mencelah ucapan Nga dan bertanya terus kepada ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan jika dia “sudah beriman”.



Source link