Malaysia Oversight

Spotify Kini Menjual Buku Fizikal

By Amanz in February 6, 2026 – Reading time 1 minute
Spotify Kini Menjual Buku Fizikal


Spotify Kini Menjual Buku Fizikal

February 6, 2026
Penstriman

Effi Saharudin

Spotify bermula sebagai platform penstriman sebelum menjadi tempat membeli tiket, menstrim video, mendengar podsiar dan mendengar ebuku. Evolusi ala Pokemon seterusnya Spotify ialah menawarkan jualan buku fizikal pula menerusi kerjasama Bookshop.org.

Spotify Buku

Pelanggan di Amerika Syarikat dan United Kingdom boleh membeli buku fizikal terus menerusi Spotify bermula musim bunga akan datang. Penawaran buku fizikal dilakukan kerana Spotify menyedari ramai pembaca masih lebih gemar memiliki buku fizikal. Dengan ciri ini, buku audio yang distrim boleh dibeli terus dari dalam aplikasi dengan Spotify mengambil potongan jualan.

Turut diumumkan hari ini ialah ciri baharu Page Match. Kini pendengar buku audio boleh menyambung pembacaan pada ebuku. Di mana berhenti mendengar atau membaca akan diselarikan secara automatik oleh Spotify. Ciri ini akan disokong pada ebuku dan buku audio dalam Bahasa Inggeris sahaja bermula penghujung Februari.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link