Malaysia Oversight

Walau selalu lantang, Hassan saran Rafizi jadi Presiden PKR lepas Anwar

By MkiniBM in February 6, 2026 – Reading time 5 minute
Walau selalu lantang, Hassan saran Rafizi jadi Presiden PKR lepas Anwar


Di sebalik kelantangan melontarkan kritikan, beberapa ahli parlimen berpendapat tidak wajar Rafizi Ramli diambil tindakan oleh parti.

Malah seperti pandangan dikongsi Hassan Abdul Karim bekas Timbalan Presiden PKR itu wajar terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan kritikal terhadap .

Tidak sekadar itu, pada pendapat Ahli Parlimen Pasir Gudang berkenaan, Rafizi boleh diberikan peranan lebih besar tidak lama lagi – apabila PKR mengadakan pemlihan parti.

Kata Hassan, seandainya PKR – dan PH – memenangi PRU akan datang, mereka wajar memberikan ruang lebih signifikan kepada bekas menteri ekonomi berkenaan.

Tambahan pula, katanya, tidak akan menjadi Presiden PKR selama-lamanya.

“Saya cadangkan kalau kita (PH) menang lagi, kita lantik dia () jadi perdana menteri sepenggal lagi, tetapi dalam PKR, saya cadangkan Rafizi jadi sebagai presiden manakala Nurul Izzah () kekal sebagai timbalan presiden.

“Dalam pemilihan parti akan datang biar Nurul Izzah pertahankan jawatan timbalan presiden dan Rafizi jadi presiden.

“(Biar) Semua sokong dia (supaya) kita dapat gabungkan orang muda, manakala Anwar boleh jadi penasihat parti dan peganglah jawatan perdana menteri untuk sepenggal lagi,” katanya kepada Malaysiakini.

Anggap sangat bagus

Rafizi merupakan orang nombor dua PKR pada 2022 dan bertanding untuk mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan pada tahun lalu. Bagaimanapun dia gagal apabila kalah kepada Nurul Izzah.

Pemilihan yang berlangsung pada Mei 2025 itu bukan saja menyaksikan Rafizi kalah dengan perbezaan lebih 5,900 undi berbanding Nurul Izzah, malah dia mengotakan janjinya dengan meletak jawatan sebagai menteri ekonomi.

Dia kemudian muncul dalam slot audio siar dari semasa ke semasa dengan menjadi pengkritik serta parti sehingga menyebabkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Hassan – yang pernah bersuara mengkritik Rafizi semasa dia dalam kabinet – berpendapat pandangan diberikan Ahli Parlimen Pandan berkenaan bukanlah fitnah.

f8491853009a5da3d840431d67188b9c
Hassan Abdul Karim

Sebaliknya, kata Hassan, ia berdasarkan kepakaran dan pengalaman Rafizi khususnya dalam soal dasar dan tadbir urus.

“Dia memberi pandangan tentang sesuatu perkara, sama ada berkaitan parti ataupun negara. Contohnya semasa membahasakan usul titah diraja baru-baru ini, dia bangkitkan isu fiskal defisit dan cukai.

“Pada saya ia sangat bagus. Dia meneliti dan menggunakan pengetahuan dia sebagai akauntan.

Sepatutnya peranan itu dimainkan oleh pembangkang tetapi pembangkang tak ada kemahiran itu, jadi dia (Rafizi) tetap bersuara,” katanya.

Yakin Anwar pun tak setuju

Untuk rekod pada 2 Feb lalu dalam ciapan di X, Rafizi menganggap Anwar ghairah mahu menjadi perdana menteri manakala dirinya sendiri berharap dapat hidup seperti orang lain dan bersara dengan tenang.

Walaupun membuat kenyataan keras terhadap Anwar sebegitu, Hassan berkata, dia tetap tidak bersetuju jika ada pihak mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Rafizi.

Antara lain, Hassan berpendapat, tindakan sebegitu akan memberi kesan besar kepada PKR dan PH.

“Kalau ada sesiapa yang tak setuju dengan dia, jawablah secara rasional. Janganlah ambil tindakan pada dia.

“Rafizi banyak jasa kepada parti dan saya ingat lagi dia (Rafizi) pernah cakap, kalau kita menang banyak kerusi dalam pilihan raya, kita akan bebaskan Anwar. Itu memang betul-betul berlaku.

“Kalau dia tegur sedikit parti kena pujuk dia, bukannya ambil tindakan,” katanya.

bd1eb54d8b1295772dd8fe3a5e58c5bf

Pada masa sama, Hassan yakin Anwar juga tidak akan bersetuju jika Rafizi diambil tindakan oleh parti kerana ahli politik terbabit bukanlah seorang pendendam, sebaliknya sentiasa terbuka.

Hassan juga mencadangkan agar PKR berbincang secara baik dengan Rafizi dan bukannya meminggirkan ahli politik terbabit kerana bersikap kritikal kepada parti.

Ditanya mengenai kemungkinan Rafizi akan menubuhkan parti baru, Hassan berkata, dia tidak melihat ada keperluan untuk berbuat begitu.

“Banyak jasa disumbangkannya untuk PKR dan dia sendiri membangunkan parti ini,” katanya.

Daya penarik buat PKR

Sementara itu Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, berpendapat teguran dibuat Rafizi tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada parti atau .

Kata Nik Nazmi, dia sendiri sering mengkritik kerajaan – walaupun dengan gaya yang berbeza – namun ia selari dengan semangat demokrasi yang diraikan PKR.

Dia yang sebelum ini menjadi sebahagian anggota kabinet sebelum meletakkan jawatan selepas Rafizi berkata kritikan yang dilemparkan bukan bermatlamat untuk menjatuhkan kerajaan.

“Kita tidak menggagalkan belanjawan, tidak mahu tukar perdana menteri. Sebagai backbencher (penyokong kerajaan), kita bersuara berdasarkan apa yang kita rasa betul,” katanya.

Nik Nazmi yang kalah semasa mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan lalu menegaskan Rafizi berperanan suara hati (conscience) kepada parti dan kerajaan.

Bahkan, katanya, itulah antara kekuatan serta daya penarik PKR untuk menjadi parti yang terbuka.

1f47a53afcbc9aca1ff791717a23f11f
Nik Nazmi Nik Ahmad

Tambah Nik Nazmi sebarang tindakan ke atas Rafizi hanya akan mengundang kemelut lebih besar dan tidak menguntungkan PKR atau PH.

Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Prof Madya Mazlan Ali, pula berpandangan kritikan Rafizi perlu dilihat dalam konteks realiti politik Malaysia, khususnya dalam kerangka kerajaan yang melibatkan pelbagai parti dengan latar ideologi berbeza.

Kata Mazlan, Rafizi adalah tokoh yang berfikir seperti penggerak masyarakat sivil yang cenderung bersifat idealistik dan menuntut reformasi secara menyeluruh serta segera.

“Masalahnya, kita kena faham latar politik Malaysia ini. Agama dan kaum masih faktor utama.

“Tambahan pula, ini bukan kerajaan PH semata-mata tetapi kerajaan perpaduan,” katanya.

Untuk melaksanakan semua janji yang terkandung dalam manifesto PH sebelum ini, kata Mazlan, ia perlu mengambil kira pendirian dan manifesto parti lain yang bersama-sama dalam kerajaan.

Hormati hak mengkritik

Sebagai contoh, kata ahli akademik itu, isu pelantikan orang politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang masih diterima dalam amalan , justeru ia tidak dapat diubah secara paksa.

“Bagi pelantikan orang politik itu biasa pada mereka yang lebih lama memerintah. Maka tak boleh dipaksa untuk tidak buat lantikan sebegitu.

“Kecualilah kerajaan hari ini melibatkan PH saja, ketika itu ia mesti dilaksanakan.

“Pada wakti ini kena hormatlah hak sebab bagi mereka pelantikan ahli politik tidak ada masalah selagi ada integriti,” katanya.

Menurut Mazlan lagi, melantik golongan profesional semata-mata ke jawatan utama dalam GLC juga tidak menjamin ketelusan terlaksana secara mutlak.

d801f3206a6aec9dc8a851c9dc1daa32
Mazlan Ali

Hal itu, katanya, dapat dibuktikan apabila dari semasa ke semasa tetap ada golongan terbabit terlibat dalam salah laku dan didakwa di mahkamah.

“Dalam soal integriti ini, tidak semestinya semua orang politik tidak ada integriti. Pelanggaran boleh dilakukan sesiapa sahaja,” katanya.

Berhubung kritikan yang dibuat Rafizi, Mazlan mengakui pada dasarnya ia adalah hak masing-masing namun dia juga mengingatkan, reputuasi kerajaan boleh terjejas jika dibuat secara keterlaluan

Kata Mazlan, semua orang boleh mengkritik tetapi tidak ramai yang mampu memberikan jalan keluar atau alternatif.

“Sebenarnya kita menghormati hak sesiapa saja yang mahu mengkritik selagi ia tidak melanggar undang-undang.

“Sebagai ahli politik pula, jika Rafizi nak mengemukakan reform dia, idea dia, lebih baik dia ketuai satu parti politik dan cuba bertanding pilihan raya.

“Sekurang-kurangnya kalau tak tubuh (parti baru) pun, cuba Rafizi pertahankan kerusi Parlimen Pandan sebagai calon bebas. Cuba tengok, ada pengaruh atau tidak,” katanya.



Source link