![]()
Google Pixel 10a Diperlihat Secara Rasmi – Dijual; Bermula 18 Februari
Effi Saharudin
Google Pixel 10a diperlihatkan secara rasmi oleh Google awal pagi tadi dengan peranti boleh diprapesan di Amerika Syarikat bermula 18 Februari depan. Ia mengesahkan imej peranti yang tertiris beberapa minggu lalu dengan ia bukan sahaja mirip dengan Pixel 9a tetapi juga langsung tidak mempunyai bonggol kamera seperti peranti lain dalam keluarga Pixel 10.
Rekaan dwi-kamera belakang sedikit lebih besar berbanding tahun lalu tetapi skrin mengekalkan panel dengan bezel yang agak tebal. Adalah dipercayai spesifikasi peranti ialah skrin 6.3″ OLED 120Hz, dijana cip Tensor G4 (bukan G5), memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB UFS 3.1, bateri 5100 mAh (23W), serta kamera utama 48+13MP.
Masih belum diketahui bila Pixel 10a akan memasuki pasaran Malaysia. Selepas Pixel 9a dilancarkan, kamera merasakan ia adalah Pixel yang paling berbaloi dimiliki kerana harganya yang lebih mampu milik disokong pula dengan sokongan perisian jangka panjang serta prestasi kamera memuaskan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





