Google Gemini Kini Mempunyai 750 Juta Pengguna Aktif Bulanan
Effi Saharudin
CEO Alphabet, Sundar Pichai mengumumkan Google Gemini kini mempunyai lebih 750 juta pengguna aktif bulanan (MAU). Ini didedahkan dalam laporan kewangan terkini Alphabets semalam dengan ini adalah peningkatan daripada 650 juta (MAU) yang diumumkan pada suku yang lalu.

Peningkatan jumlah pengguna dipacu oleh pengenalan model terkini Gemini 3 yang mempunyai prestasi tinggi berbanding pesaing dan juga kemampuan model Nano Banana yang boleh menjana imej yang kelihatan lebih realistik. Walaupun mempunyai 750 juta MAU, Gemini masih di belakang ChatGPT yang mempunyai sekitar 800 juta MAU pada penghujung Disember 2025.
Sungguhpun begitu kadar peningkatan jumlah pengguna Gemini adalah lebih pantas berbanding ChatGPT. Pengenalan Gemini 3 menyebabkan CEO OpenAI Sam Altman mengumumkan kod merah di syarikat bagi memastikan produk mereka akan kekal di hadapan. ChatGPT dan Sora dipertingkatkan sehingga pembangunan sistem pengiklanan dan ejen AI ditangguh seketika.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





